Monday, 27 March 2017


Tasik Kenyir bakal dijenamakan sebagai 'Bird Watching Destination' terbaik dunia dan destinasi eko pelancongan utama di rantau ini sempena Visit Beautiful Terengganu (VBT) 2017.

Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu,Tun Ahmad Faisal Tun Abdul  Razak berkata, terdapat lebih 296 spesies burung dan sembilan daripada sepuluh spesies burung enggang menjadikan Tasik Kenyir sebagai habitat mereka.

Katanya lagi,aktiviti 'bird watching' ini merupakan satu aktiviti utama di Tasik Kenyir dan juga sebagai katalis kepada penjanaan pertumbuhan serta pembangunan negeri serta menjana pendapatan tinggi kepada rakyat di bawah Program Transformasi Ekonomi(ETP).

"Aktiviti memburung atau bird watching ini merupakan nilai tambah kepada penjenamaan melalui strategi dan integrasi promosi dan galakan yang telah dan akan diadakan secara bersepadu serta telus.

"Kolaborasi bersama persatuan-persatuan Persatuan Pencinta Alam Malaysia banyak memainkan peranan dalam membantu ke arah usaha kerajaan negeri  mengekal dan memulihara kelestarian alam semula jadi di negeri ini.

"Tasik Kenyir merupakan antara empat komponen kluster pelancongan negeri dengan destinasi yang mempunyai habitat terbaik pelbagai spesies flora dan fauna,"kata Tun Ahmad Faisal.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Majlis Perasmian Penutup 'Kenyir Bird & Nature Quest' 2017 Di Petang Island Resort,Tasik Kenyir, hari ini.


'Kenyir Bird & Nature Quest 2017' kali ini berjaya menarik penyertaan seramai 70 orang termasuk peserta luar negara seperti Itali, Kanada , Yaman, Palestin,Perancis, Libya dan juga tuan rumah, Malaysia.

Jelas Tun Ahmad Faisal, terdapat 40 spesis mamalia di sekitar Tasik Kenyir yang telah direkodkan melalui perangkap kamera.

"Ini termasuklah penemuan bunga rafflesia yang terbesar di dunia dan terbaru burung helang terpantas di dunia spesies Peregrine Falcon di tasik itu.

"Keunikan yang ada ini berjaya menarik kehadiran penggemar aktiviti riadah ini serta pelancong dari dalam serta luar negara untuk menghayati dan  menerokai khazanah yang ada,"katanya lagi.


Salah seorang peserta yang ditemui,Giovanni Ceschin,17,dari Italy berkata beliau cukup teruja bila datang ke Tasik Kenyir dan menyertai aktiviti memburung.

"Saya mendapat tahu pasal program melalui seorang kawan ketika menyertai program pertukaran pelajar ke Malaysia,terus saya mendaftar kerana minat yang mendalam terhadap spesis burung.

"Bila sampai sahaja di sini(Tasik Kenyir),saya terus jatuh hati dengan keindahan flora dan fauna yang ada di sekeliling tasik...memang menakjubkan,"kata Giovanni. - teganukite.net

Related Posts:


Demi Masa

SELASA, 18 Mac 2018
5:21 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74698
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan