Sunday, 20 November 2016


HULU TERENGGANU: Polis Terengganu menasihatkan orang ramai agar tidak melakukan aktiviti air atau menghampiri tempat berisiko seperti sungai dan pantai negeri ini sepanjang musim tengkujuh ini.


Ketua Polis Terengganu Datuk Rosli Ab Rahman berkata cuaca tidak menentu dan fenomena ombak besar yang bakal berlaku boleh mendatangkan risiko bagi orang ramai dan pelancong yang melakukan aktiviti air ketika ini.



"Orang ramai perlu peka dengan keadaan cuaca dan persekitaran sebelum melakukan aktiviti di tempat seperti itu.



"Kesemua lokasi berkenaan adalah tidak selamat untuk mencari etok, remis dan seumpamanya sama ada di kawasan sungai mahupun pantai," katanya kepada pemberita selepas Program Polis Bersama Komuniti di Kampung Seberang Tuan Chik dekat sini, pada Sabtu.



Rosli turut meminta orang ramai berwaspada dengan fenomena ombak besar yang diramalkan melanda perairan negara.



"Kita harap mereka yang berada di sekitar kawasan pantai agar berhati-hati terhadap fenomena berkenaan dan patuhi arahan berpindah, jika diarahkan bagi mengelakkan insiden tidak diingini berlaku," katanya.

Beliau berkata pihaknya juga menggerakkan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dan kereta peronda bagi menasihati orang ramai supaya tidak melakukan aktiviti di kawasan pantai dan sebagainya. - BERNAMA

Related Posts:

  • Kerajaan Belanja RM40.9 Juta Untuk Dana Bantuan Persekolahan Sejumlah RM40.9 juta peruntukan Dana Bantuan Persekolahan oleh kerajaan negeri telah dinikmati lebih 410 ribu orang pelajar seluruh Terengganu sejak 2014. Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi d… Read More
  • Program Kayuhan Muhibah Jumaat Ini Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) akan mengadakan Program Kayuhan Muhibah pada 30 Disember ini sebagai salah satu gimik pra pelancaran Tahun Melawat Terengganu 2017. Pengarah Korporat, Kemasyarakatan dan Kualit… Read More
  • Majukan Tanah Terbiar Untuk Pertanian Dan Penternakan Kerajaan negeri akan terus memberi tumpuan kepada sektor pertanian dan penternakan yang dilihat amat berpotensi untuk dikembangkan secara komersil di negeri ini. Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan … Read More
  • Taklimat pembangunan di daerah Kemaman turut disertai oleh Dato' Wan Nawawi dan pegawai-pegawai di Kemaman. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail. Kemaman mencatatkan daerah yang berjaya menurunkan kadar miskin tertingg… Read More
  • Jumlah Mangsa Banjir Di Kemaman Meningkat Jumlah mangsa banjir di Kemaman meningkat kepada 89 mangsa melibatkan 21 keluarga setakat jam 11.30 pagi ini, berbanding 63 mangsa daripada 16 keluarga yang dipindahkan sehingga tengahari semalam. Menurut portal etinda… Read More

Demi Masa

AHAD, 16 Mac 2018
11:39 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74667
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan