Tuesday, 17 July 2018

Ahmad Samsuri melihat pokok lada yang menggunakan baja TDMBIO. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail 

TDM Berhad anak syarikat milik kerajaan negeri yang berteraskan industri kelapa sawit melakar satu lagi sejarah perkembangannya apabila berjaya membuka  kilang baja bio organik automasi yang pertama seupamanya di negara ini.

Kilang kedua selepas kilang baja organik di Sungai Tong, Setiu itu menghasilkan baja organik menggunakan teknologi mikro.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TDM Berhad, Dato' Mohamad Muda, berkata teknologi  hasil kolaborasi antara Universiti Putra Malaysia (UPM) dan TDM  itu dijalankan selama enam bulan yang berakhir April lalu.


Katanya, kini TDM mampu menghasilkan 30,000  metrik tan baja bio organik yang dinamakan TDMBIO dalalm tempoh setahun.

"TDMBIO dikeluarkan hanya untuk kegunaan tanaman kelapa sawit di ladang- ladang milik TDM sahaja.

"Rancangan untuk memasarkan baja bermutu tinggi itu berkemungkinan bakal menjadi realisasi dalam tempoh dua tahun akan datang selepas beberapa kajian dan pembesaran kilang dapat dijalankan," katanya.


Beliau berkata demikian selepas Majlis Perasmian Kilang Bio Organik Pertama Automasi, di Padang Kubu, Kemaman, petang semalam.



Hadir merasmikan kilang itu, Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Sementara itu Ahmad Samsuri berkata,  dia melihat TDM terus berkembang dengan pelbagai teknologi, selain bijak merangka pelan perniagaan.

"Harapan utama kerajaan negeri agar semua anak- anak  syarikat kerajaan negeri mampu memberi keuntungan yang positif agar dapat menaikkan ekonomi dan pendapatan negeri, " katanya. - teghanukita.net

Related Posts:

  • Jemaah Haji Terengganu Catat Peningkatan Ahmad Samsuri bermesra dengan sebilangan jemaah haji. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail. Terengganu mencatatkan peningkatan bilangan umat Islam yang berpeluang mengerjakan ibadah haji pada saban tahun di mana mencapai 2,739… Read More
  • UKOM Dijenamakan Semula Kepada UPDI Unit Komunikasi Negeri Terengganu (UKOM) yang merupakan jentera penggerak media rasmi kerajaan negeri akan dijenamakan semula berkuatkuasa 1 Julai ini. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah Dan Penerangan Neg… Read More
  • Sultan Mizan Imarah Masjid Bukit Payung Sultan Mizan berkenan menyampaikan duit raya dan bersalaman dengan jemaah kanak-kanan sejurus selesai menunaikan solat Jumaat. Foto oleh Abu Ubaidah Mohd Noor Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berangkat menun… Read More
  • Pelawa Orang Bukan Islam Sertai Perkahwinan Perdana Ahmad Samsuri menyampaikan Sijil Simpanan Premium kepada pasangan pengantin. Foto Harish Fadzillah Kasim Kerajaan negeri  mempelawa pasangan bukan Islam dan Orang Asli di Terengganu menyertai Perkahwinan Perdana bertu… Read More
  • Golongan Berpendapatan Rendah Mula Nikmati Bekalan Air Percuma Kira-kira 6,000 penerima terdiri daripada golongan miskin dan berpendapatan rendah di negeri ini telah memperoleh manfaat menerusi pemberian air percuma oleh kerajaan negeri bermula bulan ini. Pengerusi Jawatankuasa I… Read More

Demi Masa

AHAD, 8 Jun 2018
1:12 PM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

75613
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan