Thursday, 7 June 2018


Program World #QuranHour dilihat dapat memberi galakan dan motivasi kepada masyarakat untuk memartabatkan, menghayati dan membudayakan al-Quran dalam kehidupan seharian.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Negeri, Satiful Bahari Mamat berkata, program yang menghimpun penglibatan seramai mungkin umat Islam untuk sama-sama membaca al-Quran serentak di seluruh negara selama satu jam itu diharap boleh diperluaskan untuk semua peringkat.


“Tahniah kepada pihak Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) yang telah menganjurkan program World #QuranHour 2018 peringkat negeri untuk kali ketiga.

“Apa yang kita harapkan matlamat program ini tercapai dan untuk masa akan datang bukan hanya berpusat di Kuala Terengganu sahaja tetapi kita harapkan sampai ke peringkat bawahan secara lebih formal.

“Semoga ianya menjadi program berkala dan berterusan dan dapat memberi galakan dan motivasi kepada masyarakat untuk sama-sama dalam program ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Program World #QuranHour Peringkat Negeri anjuran PPAT di Dewan Teater PPAT, Kuala Terengganu, hari ini.

Turut hadir, Pengarah PPAT, Marzialina Mohamed.


Sementara itu, Marzialina berkata, acara kemuncak program selama satu jam iaitu pada jam 12 hingga 1 tengahari itu turut diadakan di seluruh perpustakaan daerah seluruh negeri Terengganu, jabatan kerajaan, agensi-agensi, masjid-masjid serta semua sekolah dan universiti di negeri ini.

 “Kami anggarkan jumlah penyertaan adalah lebih 300,000 orang berdasarkan respon positif yang diterima dari seluruh agensi yang menyertai program ini.

“Lebih membanggakan tahun lepas kita berjaya mengumpulkan lebih daripada 284,000 peserta dan merupakan yang tertinggi di Malaysia,” katanya.

Katanya, Program World #QuranHour diharap akan dapat diteruskan dan dijadikan acara tahunan dan pihaknya yakin melalui hebahan serta promosi yang telah dibuat jumlah sasaran lebih 300,000 akan tercapai. - teganukita.net

Related Posts:

  • Pemimpin, Ahli UMNO Jangan Terlalu Selesa- Jailani UMNO dan Barisan Nasional(BN) tidak boleh merasa selesa kerana  berjaya mentadbir negara. Sebaliknya, harus bersama terus bekerja-keras untuk menjuarai hati rakyat, demikian kata Ahli Parlimen Hulu Terengganu,Dato' Ja… Read More
  • Jelajah Visit Terengganu Akan Diteruskan Program Jelajah Beautiful Terengganu akan diteruskan pada masa akan datang bagi mempromosikan keunikan Terengganu di mata pelancong dalam dan luar negara.Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu (JPNT), Tun Ahmad Fai… Read More
  • Zon Bebas Cukai Tasik Kenyir Terus Gamit Pengunjung Tasik Kenyir yang diberi status zon bebas cukai bakal dikenali sebagai satu daripada destinasi membeli-belah dan pelancongan paling popular di Terengganu dan Pantai Timur.Pusat pelancongan itu kini menjadi syurga membeli-b… Read More
  • Penyumbang RM1 Tabung UKM Terharu Ditaja Tunai Haji Penyumbang RM1 untuk Tabung Penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 49 tahun lalu, bersyukur dan terharu apabila mendapat penajaan daripada universiti itu untuk menunaikan ibadat haji pada musim ini. Mohamad Nord… Read More
  • Nafi Lesen Rumah Bot Ditarik Balik Pemilik rumah bot yang menjalankan operasi di Tasik Kenyir menafikan menerima ugutan lesen operasinya akan ditarik balik kerana membawa rombongan dari kumpulan parti pembangkang melawat pulau bebas cukai di Pulau Bayas, Kh… Read More

Demi Masa

ISNIN, 17 Mac 2018
1:58 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74677
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan