Sunday, 13 August 2017
UMNO dan Barisan Nasional(BN) tidak boleh merasa selesa kerana berjaya mentadbir negara. Sebaliknya, harus bersama terus bekerja-keras untuk menjuarai hati rakyat, demikian kata Ahli Parlimen Hulu Terengganu,Dato' Jailani Johari.
Menurutnya, parti itu tidak boleh mendabik dada dan terus dibuai dengan mimpi yang panjang kerana berjaya memenangi majoriti kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri( DUN).
"Kita semua harus bersama, terus kerja keras dalam menjuarai hati rakyat. Jangan hirau apa pembangkang buat tapi yang penting apa kita buat untuk rakyat. Tonjolkan kisah-kisah kejayaan UMNO dan Barisan Nasional.
"Jangan sibuk fikir hal pembangkang tetapi lupa apa patut kita lakukan untuk rakyat. Ingat pesanan Yang Amat Berhormat Presiden Parti bahawa ini bukan masa menjala undi tetapi memancing setiap pengundi,"kata Jailani.
Beliau berkata demikian ketika berucap di Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Hulu Terengganu di Dewan Akademi Binaan Malaysia di Jenagor, Hulu Terengganu, hari ini.
Majlis perasmian disempurnakan oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO merangkap Menteri Kemajuan Luar Bandar & Wilayah, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob.
Jailani berkata, kesetiaan, keikhlasan dan kerjasama merupakan elemen utama yang menjadi resipi jika mahu terus menjuarai hati rakyat.
"Kesetiaan rakyat berdasarkan kepada kejujuran dan keikhlasan pemimpin parti. Kita mahukan rakyat setia pada kita, tetapi adakah kita setia pada parti dan adakah kita setia berkorban untuk rakyat.
"Sebagai pejuang dan srikandi bangsa, kita mesti mempunyai semangat yang kental berani, tabah dan kuat dalam menghadapi ranjau politik yang semakin hari semakin menguji ketabahan kita,"katanya lagi.
Menurut Jailani, kebanyakan ahli UMNO kini ada yang telah terpesong daripada matlamat asal perjuangan parti.
"Mereka sibuk mencari jalan untuk menjadi calon sama ada dalam parti dan pilihan raya.
" ‘Cah Keting’ dan cantas mencantas masih menjadi virus dalam parti kita. Mungkin mereka lupa perjuangan parti bukan untuk kepentingan sendiri dan jawatan, sebaliknya perjuangan parti sebenarnya untuk rakyat,"ujar Jailani.
Beliau turut berkata, pemimpin dah ahli UMNO dinasihatkan jangan sibuk bersaing untuk mendapatkan jawatan dalam UMNO sehingga lupa cabaran yang lebih besar supaya dapat menjuarai hati rakyat.
"Jangan jadi jaguh kampung, menang di (dalam) parti kalah di hati.
" Kita sepatutnya bersama-sama menyokong siapa sahaja wakil yang akan dipilih oleh parti dan sama-sama mengatur strategi untuk kekal Parlimen (Hulu Terengganu) dan tiga DUN serta rampas kembali DUN Manir,"ujarnya. - teganukite.net
Related Posts:
PRU14 : Laporan Polis Berhubung Surat Terbuka Kepada Calon Kuala Berang Ketua Penyelaras Pemuda UMNO Kuala Berang, Ahmad Badurol Hisyam Mukhatar, 29, hari ini membuat laporan polis berhubung surat terbuka kepada calon Barisan Nasional (BN), yang dimuat naik dan tular di laman Facebook (FB) seja… Read More
PRU14: Empat Pusat Undi Awal Anggota Beruniform Di Marang Anggota ATM beratur untuk memasuki bilik mengundi. Seramai 274 pengundi yang berdaftar sebagai pengundi awal melaksanakan tanggungjawab memilih wakil rakyat kawasan masing-masing bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) di K… Read More
PRU14: Kak Ton Seru Rakyat Bina Masa Depan Bersama BN Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payung, To' Puan Zaitun Mat Amin menyeru pengundi di DUN tersebut membuat keputusan yang rasional dengan memilih BN bagi memastikan kawasan itu memb… Read More
PRU14: Kerajaan BN Hargai Tradisi Kaum Cina Ahmad Razif melakukan gimik perasmian sambil diperhatikan oleh Wan Nawawi, Seng Cheng dan tetamu kenamaan lain. Foto oleh Harish Fadzillah Abu Kassim Kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa menghargai kebudayaan, … Read More
PRU14 : 200 Keluar Pas Sertai UMNO Mohamad Syakir berucap mewakili rakan lain yang mengisytiharkan diri menyertai UMNO, malam tadi. Seramai 200 ahli Pas Besut membuat kejutan menjelang hari pembuangan undi pada Rabu ini apabila mereka bertindak keluar part… Read More