Thursday, 7 June 2018
Persatuan Kebajikan dan Sukan Wisma Persekutuan Kuala Terengganu (PKSWPKT) mengadakan World #QuranHour di Wisma Persekutuan, Kuala Terengganu, hari ini.
Program disertai warga Wisma Persekutuan bermula dengan tazkirah Ramadan yang disampaikan oleh Penolong Pesuruhjaya II Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, Ustaz Muhammad Ash-Shafie Abd Manan dan seterusnya membaca surah Yasin.
Pengerusi PKSWPKT yang juga Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Mohamad Omar berkata, penganjuran program bertujuan memberi peluang kepada kakitangan Wisma Persekutuan meluangkan masa bersama-sama membaca dan menghayati ayat-ayat suci al- Quran sempena bulan Ramadan.
Katanya, program yang diadakan serentak di seluruh dunia itu mampu mendidik umat Islam agar sentiasa membaca al-Quran secara berterusan pada setiap hari dan bukan hanya pada masa tertentu sahaja. - teganukita.net
Related Posts:
Program Jejak Intelektual Dokumentasi Kejayaan Anak Terengganu Ghazali (tengah) bergambar kenangan dengan tetamu kehormat dan kakitangan Radio Televisyen Malaysia Terengganu sempena pelancaran Rancangan Tokoh Islam Minggu Ini, di Auditorium TerengganuFm, hari ini. Foto oleh Harish Fad… Read More
15 Remaja Ditahan Dalam Ops Banteras Pelajar Ponteng Seramai 15 pelajar daripada empat sekolah di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir dan Bukit Tunggal ditahan dalam Operasi Ponteng Sekolah, semalam. Dua daripada pelajar terbabit masing-ma… Read More
Kuota 10 Peratus Rumah Untuk Belia Bujang Terengganu menetapkan 10 peratus kuota setiap projek perumahan kerajaan diberikan kepada golongan belia yang belum berkahwin di negeri ini.Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato' Rozi Mam… Read More
Pendaftar SSM Masih Layak BR1M Jika Penuhi Syarat Pemohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang ditolak permohonan mereka boleh mengemukakan rayuan di semua Cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mulai 3 April 2017 sehingga 31 Mei 2017. Menurut sumber LHDN, pi… Read More
Malaysia Kalah Tipis Di Tangan Bahrain Pemain Malaysia berhempas pulas sebelum kalah tipis 6-5 di tangan Bahrain. Foto oleh Harish Fadzillah Malaysia sekali lagi tewas dalam pusingan kumpulan pada Kejohanan Bola Sepak Pantai AFC menentang Bahrain … Read More