Thursday, 7 June 2018

Wan Sukairi ketika sidang media selepas mesyuarat mingguan exco, hari ini. Foto oleh Harish Fadzillah Abu Kassim


Kerajaan negeri akan menyelesaikan 16,289 penerima Dana Bakti Remaja yang belum menuntut bayaran itu di seluruh Terengganu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata,  kerajaan negeri pimpinan Pas mahu memastikan pengagihan dana yang dilaksanakan oleh kerajaan terdahulu diteruskan sebagai kesinambungan kebajikan dan kebaikan rakyat Terengganu.

Katanya, daripada keseluruhan 117,284 penerima dana berkenaan, 100,995 penerima sudah menebusnya sehingga 9 Mei lalu.

“Ada beberapa berita gembira untuk rakyat Terengganu. Yang pertama adalah mengenai Dana Bakti Remaja yang diagihkan sebelum PRU14 (Pilihan Raya Umum Ke-14) oleh kerajaan terdahulu (Barisan Nasional), yang mana sebahagian besar sudah terima dan sebahagiannya lagi belum terima.

“Kami membuat keputusan  dalam mesyuarat exco sebentar  tadi untuk meneruskan pengagihan dan pihak Yang Berhormat ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) masing-masing bersama pihak Pejabat Daerah akan mengagihkan dalam seberapa segera dan akan diagihkan sebelum menyambut hari raya Aidilfitri ini,"katanya.



Beliau berkata demikian dalam sidang media sebagai mewakili Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar selepas mesyuarat mingguan exco, di Wisma Darul Iman, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri, Mohd Nor Hamzah. - teganukita.net

Related Posts:

  • Peruntukan RM3 Juta Bina Bangunan Serikandi Kerajaan negeri menyediakan peruntukan sebanyak RM3 juta untuk membina bangunan baharu milik Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Negeri Terengganu (Serikandi).Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman… Read More
  • Jangan Ulangi Kesilapan - Razif Ahmad Razif bersama Zahid bersembang sesuatu pada selepas Perasmian Berkelompok Persidangan Agung UMNO Cawangan  di Stadium Negeri, Kuala Terengganu. Foto Harish Fadzillah Kassim Rakyat Terengganu te… Read More
  • UMNO Terengganu Diiktiraf, Perintis Adakan Pertandingan PDM Zahid meletakkan tangan sebagai gimik pelancaran sempena Perasmian Berkelompok Persidangan Agung UMNO Cawangan dan  Sayap-Sayap Peringkat Negeri Terengganu dan Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Pusat Da… Read More
  • TPM Meriahkan Resepsi Putera Tengku Zainuddin Zahid Hamidi dan Ahmad Razif serta Shabery sempat bergurau dengan pengantin dalam majlis resepsi putera Tengku Zainuddin. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail. Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi… Read More
  • Jangan Jadi 'Gunting Dalam Lipatan' -Razif Ghazali berpelukan dengan bekas Adun Ajil, Dato Rosol Wahid pada pertemuan sempena kunjungan Ahmad Razif ke DUN itu, hari ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail. Semua ahli UMNO di negeri ini diminta tidak menjadi '… Read More

Demi Masa

SELASA, 18 Mac 2018
5:31 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74698
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan