Thursday, 7 June 2018

Menelusuri perjalanan 30 hari atau sebulan Kerajaan Terengganu yang dipimpin oleh Dr Ahmad Samsuri bersama barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan terlihat kepemimpinan yang cukup disenangi banyak pihak.

  
Mengurus dan mengisi  sebuah kemenangan yang cukup bijaksana, berhemah, tenang dan tertib.

Demikian dapat disimpulkan secara mudah tentang kerajaan negeri Terengganu masa kini.

Ia dimulakan dengan langkah yang memuliakan manusia yang lain dengan tidak melihat yang tewas itu sebagai seteru atau musuh, malah mengatur pertukaran kerajaan dengan begitu tertib.

Walaupun berbeza parti dan politik, namun majlis penyerahan tugas diadakan penuh kemesraan. Tidak pernah berlaku sebelum ini.

Rakyat melihat , memerhati dan menilai semua ini.

Jiwa mulia yang ditunjukkan oleh Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar melangkaui sama sekali persepsi kebanyakan sebelumnya bila negeri atau negara  bertukar kerajaan.

Ramalan-ramalan tentang berlakunya pemecatan beramai-ramai, mengunci premis seperti balai raya, memecat itu dan ini, meleset sama sekali.

Malah sebahagian besar mereka yang dilantik secara ad-hoc oleh kerajaan sebelum ini dilayan dengan baik dan diberi peluang untuk menikmati bulan Ramadan dan menyambut Aidilfitri dengan penuh gembira. 

Pelbagai dana dan bantuan untuk rakyat diteruskan, malah dipermudahkan.




Ketua Biro Utusan, Wan Zulkifli Wan Yaacob melihat sikap kepemimpinan kerajaan negeri masa kini tidak bersaing untuk menunjuk kuasa, tetapi bersaing untuk menunjukkan urustadbir yang lebih baik.

Katanya, tindakan itu sungguh matang, apa jua kepincangan lalu, ditangani dan ambil tanggungjawab oleh kerajaan sekarang membetulkannya, tidak menuding jari kepada mana-mana pihak, jauh sekali untuk mengecam dan memburuk-burukan pihak yang sebelumnya.

Contohnya berkaitan Taman Ilmu dan Kenderaan Amphicoah (bas dua alam).

Memberi mesej solidarity, Dr Samsuri sebagai ketua kerajaan membentuk cara bekerja berpasukan dan mengagih-agihkan tugas; mana mana Exco membuat sidang media bagi pihak Menteri Besar selepas mesyuarat mingguan Majlis mesyuarat Kerajaan, mengikut portfolio masing-masing. Sesuatu yang sungguh bijaksana.

Malah pemimpin ini walaupun mempunyai latarbelakang akademik yang tinggi bekas Ketua Jabatan Aeroangkasa di Universiti Putra, namun sikapnya tetap sentiasa merendah diri.

Pemimpin nombor satu Terengganu ini yang sentiasa terukir senyuman di bibirnya seringkali mengungkapkan:
“berilah buah fikiran dan cadangan, saya dan wakil-wakil rakyat tetap ada kelemahan, rakyat boleh membuat teguran dan memberi pandangan dan kami akan mengambil kira semua yang datang dari rakyat itu kerana matlamat kami untuk berbuat sebaik mungkin kepada rakyat dan negeri”.

Dr Samsuri dan barisan peneraju negeri ini mahu jadikan negeri Terengganu negeri contoh, rakyat Terengganu rakyat contoh, kerajaan Terengganu kerajaan contoh! - teganukita.net

Related Posts:

  • A.RASHID NGAH HADIR WALAUPUN BERTONGKAT Mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Takir , Dato' Haji Abdul Rashid Ngah (berkupiah) turut hadir meraikan Rumah Terbuka Aidilfitri Bersama Menteri Besar, Dato ' Seri Haji Ahmad Razif Abd Rahman di Dataran Pe… Read More
  • Pesuruhjaya Pas Terengganu Yang Baru Mesra Umno Dan KerajaanKehadiran sama Pesuruhjaya Pas Terengganu yang baru, Dato' Husien Awang menyambut Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam (28 Mei)  dan kemudian berbuka puasa bersama-sama di Program Penerapan … Read More
  • Tanah- Umno Tiru Pas? TANAH: BUAT APA UMNO/BN NAK TIRU PAS?Bahagian 1 "Rakyat dizalimi bayar beribu-ribu kepada juru ukur dan pihak tertentu; tetapi tanah tidak dapat pun" Apa yang diumumkan oleh Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Ra… Read More
  • 30 Hari Yang Tertib Berhemah Menelusuri perjalanan 30 hari atau sebulan Kerajaan Terengganu yang dipimpin oleh Dr Ahmad Samsuri bersama barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan terlihat kepemimpinan yang cukup disenangi banyak pihak.    Mengu… Read More

Demi Masa

AHAD, 16 Mac 2018
8:56 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74665
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan