Thursday, 28 June 2018

Ariffin melihat keadaan Naufal di hospital.

Kerajaan negeri akan berusaha membantu kanak-kanak berusia lapan tahun, Mohammad Naufal Yazid Mohd Salleh yang cedera parah dan kudung kaki akibat digilis lori pasir di Kampung Banggol Cempedak, Marang, baru-baru ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alur Limbat, Ariffin Deraman ketika mengunjungi mangsa turut terkesan dengan nasib yang menimpa kanak-kanak itu dan berharap keluarga mangsa tabah dengan ujian kepada keluarga mereka ketika umat Islam sedang meraikan Aidilfitri.

"Kita sedih dengan kejadian yang berlaku. Namun, ini adalah ujian buat keluarga ini dan diharap mereka kuat menghadapinya, katanya ketika melawat mangsa di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu, semalam.

Dalam kejadian pada 20 Jun (6 Syawal) lalu, menyebabkan adik Naufal putus kaki kanan dan hancur tangan kirinya.

Mangsa dikatakan sedang mengayuh basikal dari Kampung Baharu Serada ke Banggol Cempedak secara tiba-tiba berpatah balik menyebabkan sebuah lori pasir yang bergerak di belakangnya tidak sempat mengelak.

Dalam pada itu, penduduk Kampung Baharu Serada turut bekerjasama bagi meringankan bebanan yang sedang ditanggung keluarga mangsa dengan melaksanakan kutipan derma kilat. - teganukita.net

Related Posts:

  • Perlaksanaan NBOS Hulu Terengganu Cemerlang Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu,DSP Adli Mat Daud membersihkan ruang tamu Fatimah Jusoh sambil di bantu oleh anggotanya. Semua jabatan dan agensi bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya melaksnakan  Kerja… Read More
  • Talian Hotline 24 Jam Pejabat MB Ahmad Razif melancarkan Talian Hotline Pejabat Menteri Besar Terengganu di Wisma Darul Iman, hari ini. Foto Oleh: Zulkifli C.W. Putra Kerajaan negeri memperkenalkan Talian Hotline 24 Jam Pejabat Menteri Besar Terengganu b… Read More
  • Penternak Bawa 14 Ekor Kambing Berlindung Di Rumah Sebahagian Kambing yang sedang berehat di ruang tamu sambil diperhatikan Rohani. Jika lazimnya kambing bermalam di kandang tetapi berbeza pula di Kampung Nibong, Hulu Terengganu, haiwan berkenaan mendapat layanan istimewa … Read More
  • 50 Tahun Hadapi Banjir,Terima Dengan Redha Segelintir penduduk di beberapa kampung di Telemong menyifatkan banjir yang melanda kawasan mereka adalah yang perkara biasa yang perlu dihadapi dengan redha dan tabah sejak bertahun-tahun yang lalu.Seorang warga emas, Rok… Read More
  • 400 Pelajar Miskin Di Besut Terima Bantuan Alatan Sekolah Seramai 400 pelajar miskin di Besut menerima sumbangan bantuan peralatan sekolah daripada syarikat korporat di Dewan Majlis Daerah Besut, Gong Kemuntung, Besut, hari iniProgram anjuran Majlis Kebajikan Pelajaran Daerah Bes… Read More

Demi Masa

JUMAAT, 27 Jun 2018
3:19 PM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

75824
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan