Sunday, 3 December 2017
Segelintir penduduk di beberapa kampung di Telemong menyifatkan banjir yang melanda kawasan mereka adalah yang perkara biasa yang perlu dihadapi dengan redha dan tabah sejak bertahun-tahun yang lalu.
Seorang warga emas, Rokiah Md Nor,72, yang tinggal di Kampung Kepah berkata, dia berasal daripada Tanah Merah telah menetap lebih dari 50 tahun sejak berkahwin dengan arwah suaminya dan kini tinggal bersama anak perempuannya serta menantu.
"Rumah tok dekat dengan Sungai Kepah jadi cepatlah kena banjir..memang tidak boleh nak lari, pindah saja pilihan yang ada.
"Tok cuma redha dengan kejadian ini sebab dah biasa banjir sejak pindah lagi...dah banyak kali berpindah randah setiap kali banjir berlaku di kampung ni," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pusat Pemindahan Dewan Seri Budiman Kampung Kepah, Hulu Terengganu, hari ini.
Menurut Rokiah, sepanjang tinggal di kampung itu, banyak pengalaman banjir yang tidak dapat dilupakannya terutama banjir besar yang berlaku pada 1986 dan pada awal tahun ini apabila rumahnya hampir tenggelam.
"Awal tahun baru-baru ini, tiga kali kami terpaksa pindah dengan sehelai sepinggang..banyak barang dalam rumah rosak sebab banjir di luar jangkaan.
"Banjir mengingatkan tok tentang banjir yang pernah berlaku lebih 30 tahun dulu, apabila kampung hampir tenggelam semuanya,"katanya lagi.
Sementara itu, anaknya, Hasnah Ismail, 40, pembantu guru tadika berkata walaupun sentiasa terpaksa berpindah paling awal setiap tahun tetapi tidak menghalangnya untuk terus tinggal di rumah tersebut.
"Rumah itu rumah pusaka, yang ditinggalkan oleh arwah ayah untuk mak dan anak-anaknya...jadi memang terasa sayang untuk pindah ke rumah lain.
"Kami cuma tiga beradik,yang sulung dan bongsu tinggal jauh dari sini maka tinggallah saya seorang untuk jaga mak lagi pun mak yang tidak mahu pindah..ada kenangan katanya pada saya,"katanya lagi..
Hujan turun tidak berhenti sejak beberapa hari menyebabkan air naik mendadak dan hampir 85 peratus Kg Kepah, Kuala Ping, Tengkawang dan Tok Lawit ditenggelami banjir. - teganukite.net
Related Posts:
Ahli Panel Lawat Homestay Teluk Ketapang Tiga ahli panel dari Majlis Penilai Akhir Anugerah Pelancongan Malaysia Peringkat Kebangsaan melawat Homestay Teluk Ketapang, Kuala Nerus bagi menilai sesi akhir penganugerahan inap desa itu, di Balai Raya Kampung Teluk K… Read More
Pembedahan Katarak Secara Percuma Di Hospital Kemaman Seramai 100 pesakit katarak dari seluruh Kemaman menerima rawatan pembedahan secara percuma di Hospital Kemaman sepanjang tiga yang berakhir semalam. Pengarah Hospital Kemaman, Amran Japar berkata, pembedahan dalam prog… Read More
Warisan Masyarakat Jambi Di Pasir Gajah Struktur binaan masjid Engku Haji Mahmud, Kampung Pasir Gajah, Kemaman terasa bagaikan berada di Indonesia yang kaya dengan pelbagai keindahan seni bina lama dan reka bentuknya menggunakan sepenuhnya tradisi binaan Jambi, … Read More
Majlis Restu Ilmu Bangkit Semangat Pelajar SMKCB Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Ceneh Baru (SMKCB), Kemaman yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) bermula Isnin ini, diraikan di Majlis Restu Ilmu… Read More
Golongan OKU Teruja Hayati Keindahan Tasik Kenyir Seramai 45 pelatih Bengkel Pemulihan Kebajikan Marang, di Pulau Kerengga, Marang mendapat peluang sama seperti golongan normal lain apabila menghayati keindahan Tasik Kenyir dan menjinak ikan kelah di Santuari Kelah, Hulu… Read More