Sunday, 3 December 2017
-
December 03, 2017
-
ketuapkp
-
PENDIDIKAN , SEMASA
Seramai 400 pelajar miskin di Besut menerima sumbangan bantuan peralatan sekolah daripada syarikat korporat di Dewan Majlis Daerah Besut, Gong Kemuntung, Besut, hari ini
Program anjuran Majlis Kebajikan Pelajaran Daerah Besut ( MKPDB) itu bagi membantu keluarga miskin yang kurang berkemampuan untuk menyara anak bagi penggal persekolahan 2018.
Menteri Pendidikan Tinggi, Dato' Seri Idris Jusoh yang juga Ahli Parlimen Besut, merasmikan program dan menyampaikan sumbangan berkenaan.
Yang Dipertua MKPDB, Yusof Kasim berkata, pihaknya mendapat kerjasama ahli- ahli korporat yang menyumbangkan pelbagai peralatan persekolahan.
Katanya, sepuluh syarikat korporat tampil memberi sumbangan bagi membantu golongan yang tidak berkemampuan bagi menjayakan program itu.
Beliau berkata, program tahunan sejak 15 tahun lalu oleh badan bukan kerajaan (NGO) terbabit turut mendapat sokongan individu yang prihatin dengan nasib folongan berkenaan.
Idris ketika berucap merasmikan program itu mahu lebih banyak syarikat korporat tampil membantu pelajar miskin yang tidak mampu melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.
Katanya, kerjasama dengan NGO amat diperlukan bagi memastikan tidak ada pelajar yang tercicir dalam pendidikan. - teganukite.net
Related Posts:
Pelajar Madrasah Moden Besut Berbuka Bersama Keluarga Di Padang Sekolah Pelajar Madrasah Moden MAIDAM Besut berbuka puasa di padang sekolah. Foto oleh Mohamad Ishak Seramai 500 pelajar Madrasah Moden Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) Besut di Kampung Padang Landak, … Read More
Kerajaan Negeri Beri Perhatian Serius Pemulihan Taman Ilmu Ahmad Samsuri meninjau asrama penuntut UniSZA di kampus Taman Ilmu, Besut. Oleh: Ruslan Abdul Rahman dan Mohammad Ishak Kerajaan negeri pimpinan Pas akan meneruskan pembinaan Taman Ilmu di Tembila, Besut, bagi mem… Read More
Program YDSM Jadi Ikutan Pelajar Indonesia Abdul Rahman bersama peserta Program Pengukuhan Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab YDSM. Foto Harish Fadzillah Abu Kassim Penganjuran Program Pengukuhan Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab Yayasan DiRaja Sultan Mizan (YDSM) sej… Read More
PRU14 : Guru Usah Terpengaruh Janji Pembangkang Golongan pendidik terutama guru diingatkan jangan mudah terpengaruh dengan janji-janji yang ditaburkan pemimpin parti pembangkang kerana mereka sebenarnya tidak mampu untuk menunaikan janji berkenaan. Menteri Pendidikan T… Read More
Ketengah Belanja RM140 Ribu Tuisyen Rakyat 2018 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) memperuntukan hampir RM140,000 bagi melaksanakan Program Tuisyen Rakyat 2018 kepada penduduk luar bandar yang berada dalam wilayahnya.Pengurusnya, Omar Ismail berkata, program… Read More