Wednesday, 6 June 2018
Kelab Wartawan Media Terengganu (Kawat) terpanggil untuk berkongsi kisah duka seorang ibu tunggal, Rosiana Rosli, 37, yang menderita penyakit kencing manis kronik di rumahnya di Kampung Padang Kemunting, Batu Rakit, hari ini.
Rosiana yang kudung kaki kanan sehingga lutut, selain kehilangan jari telunjuk kanan dan kaki kiri yang turut berisiko dipotong akibat penyakit itu, tinggal di rumah yang uzur bersama anak tunggalnya, Mohd Shahrul Azim Mohd Rozi, 12, yang lembam dan seorang adik lelaki, Rohaimi, 36, juga mengalami masalah mental.
Inisiatif digembleng Kawat bagi menyampaikan sumbangan sempena Ramadan dan Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi itu disertai sekumpulan wakil media daripada beberapa agensi di Terengganu. Turut serta, Timbalan Presiden Kawat, Ahmad Syafri Husnaini Mohamad.
Rosiana berkata, dia terharu dengan keprihatinan kumpulan media yang pertama kali mengadakan lawatan dan menyampaikan sumbangan kepadanya sejak tidak dapat berjalan dan bekerja seperti biasa akibat kehilangan anggota badan itu.
Dia yang mula menderita sakit itu sejak 12 tahun lalu ketika mengandungkan Mohd Shahrul menyebabkan kakinya dipotong pada Ogos 2014, berharap ada pihak yang tampil membantunya untuk menguruskan kehidupan dengan lebih sempurna terutama menyediakan tandas dan bilik air yang sesuai dan lebih sistematik.
“Sejak kehilangan kaki akibat sakit ini, saya tidak dapat menguruskan diri dengan baik dan perlu mengengsot untuk ke mana-mana selain menggunakan kerusi roda yang disumbangkan guru sekolah anak saya.
“Sukar untuk saya bergerak ke tandas dan bilik air di bahagian dapur kerana kedudukannya jauh serta menyukarkan pergerakan saya. Jadi saya berharap ada pihak dapat membantu menyediakan kemudahan itu untuk keselesaan saya yang terpaksa menguruskan diri sendiri,”katanya.
Rosiana yang kehilangan sumber pendapatan sejak menderita sakit itu, kini bergantung kepada bantuan saudara-mara terdekat dan jiran termasuk ibu sepupunya, Saidatul Hanas Chik, 66, yang sering menjenguk dan membantunya jika berdepan kesulitan serta berulang-alik mendapatkan rawatan susulan di klinik kesihatan berdekatan.
Rosiana yang kelihatan cekal biarpun sedang berdepan ujian getir tanpa suami untuk bergantung harap selepas bercerai dua tahun lalu, berharap Aidilfitri ini memberi sinar kepada kehidupannya sekeluarga hasil keprihatinan pelbagai pihak yang boleh membantu mengurangkan kesengsaraan sedang dihadapinya kini.
Sementara itu, Ahmad Syafri berkata, Kawat sekadar menghulurkan sumbangan kecil bagi mengurangkan bebanan ditanggung Rosiana dengan menyampaikan sedikit kewangan dan barangan dapur.
Beliau juga berharap lawatan serta pendedahan oleh rakan media mengenai kisah ibu tunggal itu membuka mata pihak lain sama ada orang perseorangan serta badan korporat untuk membantu mangsa agar dapat melalui hidup lebih positif dan baik. - teganukita.net
Related Posts:
Dua Kapal Minyak Diesel Ditahan APMM Mohamad Rezal melakukan pemeriksaan kapal minyak diesel yang di Perkarangan Maritim Kemaman. Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Kemaman berjaya menahan dua buah kapal minyak disyaki melakukan aktivi… Read More
Kerajaan Mahu Bantu Tingkat Pendapatan Pekebun Durian Kerajaan negeri berhasrat membantu pengusaha kebun durian di seluruh Marang bagi meningkatkan kualiti dan pasaran buah. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa, Dr. Azman Ibrahim menyu… Read More
ADUN Kemasik Rai Pelajar Istimewa Masuk Kebun Durian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik, Ir Saiful Suhaili meraikan 40 pelajar istimewa dari Program Pendidikan Khas Intergrasi Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Gelugor, Kerteh dan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Bandar Kerte… Read More
IPD Kemaman Siap Sedia Hadapi Kemungkinan Banjir Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman kini sudah bersedia sepenuhnya untuk menghadapi kemungkinan bencana banjir yang kebiasaan melanda daerah itu pada bulan November dan Disember setiap tahun.Ketua Polis Daerah Kemaman, … Read More
Masalah Bau Busuk Dari Kilang Industri Kerteh Dijangka Selesai Alias Razak Masalah bau busuk dari sebuah kilang memproses makanan haiwan di kawasan perindustran Kerteh , Kemaman, yang membelenggu penduduk di sekitar Bandar Paka sejak sekian lama dijangka akan selesai apabila pih… Read More