Wednesday, 6 June 2018

A. Rahman berbual mesra dengan kakitangan Wisma Darul Iman. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail 

Penjawat awam di negeri ini diingatkan supaya tidak  menjadikan alasan berpuasa sebagai malas bekerja, sebaliknya  perlu dilihat sebagai motivasi untuk lebih berusaha dan berjaya..

Setiusaha Kerajaan Negeri, Dato’ A. Rahman Yahya, berkata  mereka  perlu menjadikan ibadah itu sebagai motivasi mengumpul amalan dan pahala untuk bekalan di akhirat kelak.

Katanya, mereka perlu berfikir sekiranya berterusan bersikap lembik’ (malas bekerja), adakah rezeki yang dibawa pulang untuk keluarga dan anak-anak, adakah ianya berkat.
 
“Oleh itu, marilah kita bersama-sama muhasabah diri, ubah sikap malas bekerja kepada kepada bersikap professional, bersemangat dan jujur dalam menjalankan tugas,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Bulan Warga Kerja Wisma Darul Iman (WDI)  di Dewan Besar WDI, Kuala Terengganu, hari ini.

A Rahman turut berpesan agar tidak terbawa-bawa semangat kepartian masing-masing ketika berurusan perihal kerja.

“Jangan terbawa-bawa semangat kepartian sehinggakan ada yang bermasam muka, berprasangka tidak elok sesama sendiri, meregangkan hubungan persahabatan atau perpaduan.
 
“Mereka perlu setia dan patuh apa yang dilaksanakan kerajaan baharu, supaya mudah melaksanakan dasar yang bakal dirancang nanti,”katanya - teganukita.net

Related Posts:

  • 5,000 Graduan Mahu Dilahirkan Dari Politeknik Setahun Timbalan Perdana Menteri bersama kepimpinan negeri melambai tangan kepada hadirin sempena Majlis Pecah Tanah Politeknik Besut di Bukit Keluang, hari ini. Foto oleh Harish Fadzillah Abu Kassim Timbalan Perdana Menteri, D… Read More
  • MBKT Perkenal Laluan Bebas Kenderaan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) menganjurkan Program Pagi Bebas Kenderaan di bandar raya ini secara bulanan pada Sabtu  minggu kedua, setiap bulan untuk memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat. … Read More
  • Felcra Akan Baik Pulih, Bina Semula Rumah Generasi Kedua Felcra Berhad bersedia untuk membaik pulih rumah atau membina semula rumah generasi kedua anak peserta menerusi Rumah Bina Negara di penempatan sedia ada.Pengerusi Felcra Berhad,Dato' Seri Bung Moktar Radin berkata,setakat… Read More
  • Belanja RM900 Ribu Baik Pulih Masjid Kristal Samiun meneliti bahagian kerosakan Masjid Kristal pada kertas kerja sebelum mengadakan sidang media khas petang semalam. Foto Harish Fadzillah Kassim  Kerajaan negeri  meluluskan peruntukan hampir RM900,000 ba… Read More
  • Jertih Square Bakal Beroperasi April 2018 Bandar Jertih akan berwajah baru apabila siapnya Jertih Square yang dapat menempatkan peniaga di lokasi lebih selesa dan tersusun bermula April tahun depan.Seramai 300 peniaga kecil yang kebanyakannya Bumiputera dan berdep… Read More

Demi Masa

RABU, 9 Julai 2018
7:49 PM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

75975
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan