Thursday, 12 April 2018
Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menghadiri perjumpaan tertutup pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) Hulu Terengganu, di Bangunan UMNO Hulu Terengganu, di Kuala Berang, hari ini.
Naib Presiden UMNO itu tiba bersama-sama isteri, Datin Seri Hamidah Khamis pada jam 2.30 petang dengan diiringi Pengerusi Badan Perhubungan BN Negeri, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman yang juga Menteri Besar.
Turut hadir, Setiausaha UMNO Perhubungan Negeri Terengganu, Dato' Muhammad Pehemi Yusof, Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Dato' Seri Jailani Johari dan Naib Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Dato' Rozi Mamat
Pada majlis berkenaan Zahid menyampaikan amanat kepada kira-kira 150 anggota jawatankuasa tertinggi parti termasuk tiga sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO.
Beliau juga menasihati ahli parti agar sentiasa memberikan sokongan penuh kepada calon yang dipilih dan jangan sehingga ada pergolakan dalaman dan sabotaj sesama ahli. - teganukita.net
Related Posts:
PRU14 : BN Gempur Sura, Paka Berita oleh : Izzuan AhmadDua kerusi `panas' Dewan Undangan Negeri (DUN) Sura dan Paka mampu digempur dan bakal dirampas semula Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) tidak lama lagi.Ini dilihat kepada p… Read More
PRU14 : Abe Adi Pertahan Kota Putera Mahdi Khabar angin yang bertiup kencang terhadap bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera, Mohd Mahdi Musa yang dikatakan tidak akan dicalon semula bagi mewakili Barisan Nasional (BN) terjawab apabila turut terc… Read More
PRU14: Setiu Yakin Menang 5-0 Jidin Barisan Nasional (BN) Parlimen Setiu dijangka mampu mengulangi kejayaan cemerlang pada Pilihan Raya Umum Ke-11 (PRU11) PRU12 dan PRU13. Pada PRU Ke -14 pada 9 Mei ini, ramai y… Read More
PRU14: Pok Usop Nekad Rampas Semula Manir Yusof Dewan Undangan Negeri (DUN) Manir mampu kembali kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dengan mencipta sejarah dan satu rekod baharu di Terengganu dengan pencalonan Yusof Awang Hitam … Read More
PRU14: Telemong Kubu Kuat BN Penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telemong, Dato' Rozi Mamat sekali lagi diberi amanah untuk mempertahankan kubu Barisan Nasional (BN) di DUN itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).Katanya, BN akan mengekalkan … Read More