Wednesday, 2 May 2018

Semua calon PRU14 Parlimen Besut bergambar kenangan selepas penamaan calon Sabtu lalu.

Menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 9 Mei ini, calon pembangkang terutama Pas di Besut sanggup melakukan apa sahaja demi meraih undi.

Kumpulan itu sanggup mengubah fatwa yang pernah diharamkan parti mereka sebelum ini dengan melarang ahlinya tidak mengerjakan solat di masjid yang dibina Kerajaan Barisan Nasional (BN).

Calon Pas seakan meludah ke langit apabila sejak mutakhir ini mereka sudah menjelajah ke masjid dan surau yang dibina kerajaan semata-mata untuk mengambil peluang menemui masyarakat Islam sambil 'berkempen' dan memperkenalkan dirinya sebagai calon untuk PRU14.

Perbuatan calon Pas berkenaan mengejutkan ramai kerana mereka kini sanggup mengatur program menjelajah masjid dan surau pada setiap waktu solat bertujuan memperkenalkan diri sebagai calon.

Menurut penduduk pemimpin Pas yang menjadi calon sudah lupa fatwa yang dikeluarkan Presiden Pas, Dato’ Seri Abd Hadi Awang yang menyebut haram bagi penyokongnya mendirikan solat di masjid yang dibina Kerajaan BN sehingga mencetuskan peristiwa solat berjemaah berasingan di daerah ini.

Bagaimanapun, perbuatan calon parti itu sekarang yang menjelajah masjid dan surau untuk memperkenalkan diri masing-masing seolah-olah sudah melanggar fatwa itu.

Pengerusi Masjid Padang Luas, Salleh Abd Latif berkata, pihaknya terkejut apabila calon Pas bagi DUN Jertih Wan Azhar Wan Ahmad bersama beberapa penyokong tiba di masjid itu untuk mengerjakan solat Subuh kelmarin.

“Sebaik selesai solat calon terbabit bangun sambal mengumumkan dia adalah calon Pas dan meminta Jemaah mengundinya,” katanya.

Pengerusi Surau Rumah Awam Kos Rendah Seberang Jertih, Hamat Kassim berkata, rombongan calon Pas terbabit turut singgah di surau perumahan itu dan mengerjakan solat Asar bersama Jemaah.

Katanya, sebaik selesai solat beliau bangun sambal memperkenalkan dirinya sebagai calon parti itu untuk DUN Jertih.

Beliau berkata, sebelum ini calon terbabit tidak pernah datang ke surau berkenaan untuk menunaikan solat, tetapi selepas penamaan calon 28 April, mereka mengadakan program jelajah surau dan masjid untuk berkempen pula. - teganukita.net

Related Posts:

  • Yakin BN Terengganu Menang Besar- Ahmad Razif Ahmad Razif bersama Wanita UMNO selepas merasmikan penutup Program 2P: Pemantapan dan Pengukuhan Wanita UMNO Negeri Terengganu 2018. Harish Fadzillah Kasim UMNO Terengganu yakin parti Barisan Nasional dapat mengekalkan … Read More
  • Taman Ilmu : Tidak Terabai Seperti Yang Difitnah Projek Taman Ilmu dirancang pada 2004 apabila Kerajaan BN Terengganu kembali memerintah selepas zaman kegelapan pentadbiran Pas selama lima bermula 1999 hingga Mac 2004. Ilham Menteri Besar ketika itu Dato’ Seri Idris Ju… Read More
  • BN Terengganu Nekad Tawan Semua Kerusi Parlimen Ahmad Razif ketika berucap sebelum merasmikan Majlis Pelancaran Gerak Gempur Tawan 4P Parlimen Kuala Nerus dan Jentera Pilihanraya Serta Majlis Pecah Tanah Bangunan UMNO Kuala Nerus di Gong Badak, Kuala Nerus, hari ini. Fo… Read More
  • EKSPO TERENGGANU 2018 : Indikator Kemenangan BN Terengganu Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi  yakin dan positif  kemampuan Barisan Nasional (BN) untuk terus mengekalkan  kemenangan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini.Katanya, keyakinan … Read More
  • UMNO Yakin Menang 2/3 Kerusi Pihak pengurusan UKOM dan Dato' Lokman bersama peserta Program Penerangan Isu Semasa di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu. Foto oleh Zulkifli CW Putra. Pertembungan beberapa penjuru dalam Pilihan Raya Umum akan data… Read More

Demi Masa

SABTU, 15 Mac 2018
11:39 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74653
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan