Wednesday, 2 May 2018
Oleh : Ezzuan Ahmad
Peneroka Felda harus mengingati kembali perit jerih mereka dalam membangunkan Felda sehingga dikenali sehingga ke mata dunia.
Calon BN Paka, Tengku Hamzah Tengku Deraman berkata, kejayaan Felda pada masa sekarang adalah hasil usaha kerajaan dalam membangunkan ekonomi orang Melayu khususnya satu masa dahulu.
Tengku Hamzah yang juga seorang peneroka dari Felda Kerteh 4 berkata, golongan itu harus sedar bahawa apa yang mereka perolehi pada masa sekarang adalah datangnya daripada kerajaan yang banyak membantu masyarakat peneroka di negara ini bagi membawa keluar dari kepompong kemiskinan.
"Program Jelajah Blok yang dianjurkan oleh pihak pengurusan Felda ini bertujuan untuk mengembalikan kembali semangat perpaduan di kalangan peneroka seperti satu masa dahulu," katanya.
Tengku Hamzah ditemui pada program tersebut di Felda Kerteh 1, Paka, Dungun, hari ini.
Beliau berkata, ada segelintir peneroka yang berpaling tadah dengan menyokong pihak pembangkang dan ini membuktikan sikap tiada sikap berterima kasih terhadap Kerajaan BN.
"Ini sudah membuktikan bahawa mereka sudah menjadi ' lupa diri' dan mereka sedar apa yang diperoleh adalah usaha Kerajaan BN namun masih mahu menentang kerajaan.
"Respon sangat positif apabila masyarakat peneroka akan memberikan sokongan kepada BN pada pilihan raya kali ini.
"Mereka (peneroka ) tidak akan melupakan jasa kerajaan dalam membantu mereka selama ini dan bagi yang menyokong pembangkang bilangannya adalah sedikit " katanya. - teganukita.net
Related Posts:
Wanita UMNO Hulu Terengganu Perlu Bekerja Tanpa Mengira Calon Pergerakan Wanita UMNO Hulu Terengganu diingatkan supaya terus komited bekerja tanpa mengira calon bagi menentukan kemenangan besar Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).Ahli Parlimen Hulu Terengganu, … Read More
Terengganu Boleh Menang Dua Pertiga - Lokman Lokman ketika memberi penerangan berkaitan dasar kerajaan dan isu semasa kepada 700 orang yang hadir dalam majlis di Dewan Berlian Utama, Majlis Pembandaran Kemaman. Senario politik Negeri Terengganu tetap memihak kepad… Read More
Salur Peruntukan Aktifkan PDM Ahmad Razif bersama sebahagian J3K Kuala Terengganu pada Majlis Ramah Mesra YAB Menteri Besar Bersama J3K Kuala Terengganu, di Stadium Negeri Kuala Terengganu, hari ini. Foto Oleh: Harish Fadzillah Kerajaan … Read More
Penentu (King Maker) Sabah Dan Sarawak, Bukan Pas Manakala Terengganu 50-50 - Mustaffa Ali Walaupun Pas agak optimis menawan Terengganu, tetapi Pengerusi Penasihat Pas, Dato' Mustaffa Ali berpendapat kedudukan adalah 50-50, kecuali Kelantan sahaja beliau yakin Pas masih boleh menjadi kerajaan dalam Pilihan Raya … Read More
Pakatan `Copy Paste' Inisiatif Sudah Dibuat Kerajaan BN - Johari Johari sebagai salah seorang ahli panel Program Ukhuwah Kasih & Ihsan Rakyat (UKIR) dan Sembang Santai Orang Muda Kuala Berang 2050 bersama -sama Adun Kuala Berang, Dato' Tengku Putera Tengku Awang Pergerakan … Read More