Tuesday, 8 May 2018

Bazlan meninjau persekitaran Kampung Pulau Redang. Foto Harish Fadzillah Abu Kassim.


Jiwa calon Barisan Nasional (BN) yang juga penyandang kerusi Batu Rakit, Bazlan Abd Rahman sudah sebati dengan penduduk Kampung Baru Pulau Redang.

Setiap bantuan,  pembangunan, kemudahan asas diagihkan sama rata antara penduduk di tanah besar dan di perkampungan pulau itu.

Sepanjang tempoh lima tahun menjadi wakil rakyat Batu Rakit, Bazlan yang turut dikenali sebagai Pok Lan berjaya membawa perubahan besar di perkampungan itu.

Antaranya pembinaan klinik kesihatan, perumahan rakyat dan kilang air batu.

Oleh itu, tidak pelik, setiap kali adanya Pilihan Raya Umum (PRU), peti undi Pulau Redang sentiasa memihak kepada BN.

Bazlan berkata, dia cukup mengenali dan sangat rapat dengan  penduduk Kampung Pulau Redang.

"Ini kerana saya pernah menjadi guru Sekolah Kebangsaan Pulau Redang selama beberapa tahun iaitu sebelum menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) pada penggal lalu, " katanya

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penyerahan Borang 5A di Dewan Komuniti, Pulau Redang, hari ini.

Bazlan memberitahu, perkara pertama yang akan dilakukan sekiranya Barisan Nasional diberi mandat mentadbir Terengganu, akan menubuhkan jawatankuasa khas bagi membuat pelan lima tahun pembangunan di Batu Rakit.

"Perkara ini penting supaya segala projek yang diagihkan kepada DUN dapat dilaksanakan secara tersusun.

"Manakala akan mengatasi masalah banjir dan berusaha mempercepatkan jambatan yang menghubung Kampung Baru Pulau Redang dan Pasir Panjang Pulau Redang, " katanya.

Seorang penduduk, Siti Safiah Abd Kadir, 30, berkata dia berharap Bazlan kekal menjadi pemimpin Batu Rakit.

"Beliau yang saya dikenali cukup mesra dengan orang kampung selain mudah menghulurkan bantuan," katanya. - teganukita.net

Related Posts:

  • Hospital Kemaman Baharu Siap 2021 Hospital Kemaman baharu yang bernilai RM420 juta dijangka siap pada 19 Disember 2021 bakal menyediakan kemudahan perkhidmatan kesihatan terbaik kepada rakyat di daerah ini sekali gus mempengaruhi mutu perkhidmatan kesihat… Read More
  • PM Rasmi Penutup Ekspo Terengganu 2018 Menteri Besar (tengah) bersama Wan Nawawi (kiri) dan Tengku Putera (kanan) mempromosikan Ekspo Terengganu 2018 pada baju T yang akan diedarkan kepada petugas program tujuh hari di Perkarangan Kompleks Sukan Negeri, Gong Ba… Read More
  • JKM Hulu Terengganu Jadi Perintis Wujud Penubuhan Hub Pemasaran OKU Tengku Putera (tiga dari kanan) bersama Pegawai JKM Hulu Terengganu Norazmy (dua dari kanan) melihat kiosk jualan Hulu Special Hub di Majlis Pelancaran KB Street baru-barui  ini Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah … Read More
  • KB Street Ikon Baru Pelancongan Kuala Berang Lorong laluan pejalan kaki di tengah-tengah Bandar Bawah Tasik kini berubah wajah selepas dinaik taraf menjadi pusat jualan usahawan wanita muda sekali gus ikon terbaharu pelancongan di Kuala Berang.Laluan sepanjang kira-k… Read More
  • 2,400 Polis Terengganu Dikerah Pada PRU14 YB Dato' Seri Jailani Johari (tengah) Bersama Anggota & KP PDRM Terengganu Dalam Simulasi PRU di Kuala Berang Water Front, Hulu Terengganu  Seramai 2,400 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan dikerah dan be… Read More

Demi Masa

SABTU, 28 Jun 2018
8:13 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

75834
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan