Monday, 5 February 2018

Menteri Besar (tengah) bersama Wan Nawawi (kiri) dan Tengku Putera (kanan) mempromosikan Ekspo Terengganu 2018 pada baju T yang akan diedarkan kepada petugas program tujuh hari di Perkarangan Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak, selepas pra pelancaran program itu, di Wisma darul Iman, hari ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail

Perdana Menteri, Dato’ Sri  Mohd Najib Tun Abdul Razak dijangka akan menyempurnakan majlis penutup Ekspo Terengganu 2018 selama seminggu di Perkarangan Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak mulai 25 Februari ini, yang akan menumpukan tiga kluster utama bagi menonjolkan kemajuan yang dikecapi Terengganu kepada seluruh rakyat.

Majlis perasmian ekspo dijadual akan disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada 25 Februari, manakala majlis penutup pula sebelah petang, 3 Mac.


Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, ekspo yang menggunakan hashtag #terengganumolekdoh itu akan berkongsi serta mempersembahkan kemajuan yang dikecapi Terengganu kepada orang ramai menerusi Kluster Kerajaan Negeri, Kluster Daerah serta Kluster Portfolio.

“Ekspo ini merupakan platform bagi kerajaan negeri untuk menyampaikan maklumat yang tepat secara langsung, terutamanya berkaitan dengan pencapaian semasanya yang akan meningkatkan keyakinan di kalangan rakyat.

"Ianya akan menjelaskan kepada masyarakat terutamanya generasi muda, ke mana Terengganu akan dibawa dan apakah bentuk masa depan yang bakal dicapai serta cabaran-cabaran yang perlu dilaluinya," katanya pada Majlis Pra Pelancaran Ekspo Terengganu 2018, di Wisma Darul Iman, hari ini.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail dan Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian dan Perdagangan Negeri, Dato’ Tengku Putera Tengku Awang yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Ekspo Terengganu 2018.



Ahmad Razif berkata, Kluster Kerajaan Negeri akan menceritakan pencapaian, perancangan dan inisiatif-inisiatif semasa kerajaan negeri, manakala Kluster Daerah mengetengahkan pencapaian dan perancangan pembangunan spesifik bagi setiap lapan daerah yang setiap satunya mempunyai keunikan dan potensi yang tersendiri.

"Manakala Kluster Portfolio pula dibahagikan kepada 10 portfolio yang dipertanggungjawabkan kepada Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu.

“Kluster ini akan memaparkan tawaran-tawaran, pelbagai insentif, skim-skim bantuan, peluang-peluang pekerjaan dan banyak lagi perkhidmatan daripada agensi-agensi yang menyertai ekspo
ini,” katanya.

Selain aspek pameran, tambahnya pihak penganjur menawarkan pelbagai aktiviti dan program yang menarik sepanjang seminggu bagi membolehkan pengunjung mendapatkan maklumat, menikmati perkhidmatan yang ditawarkan, membeli-belah,  berhibur, beramal dan bersantai.

“Antara pengisian penting dalam ekspo ini jelasnya, ialah Forum Kerjaya, Forum Perdana Hal Ehwal Islam, Karnival Jualan Industri Kecil dan Sederhana dan Majlis Perkahwinan Perdana yang melibatkan lebih 30 pasangan.

“Aktiviti-aktiviti menarik dan santai turut tidak dilupakan, antaranya pertandingan e-sports, dan persembahan Sound of Terengganu serta penampilan artis-artis popular tanah air,” jelasnya.

Beliau menambah, pihak penganjur juga menawarkan hadiah pengunjung bertuah utama di hari terakhir ekspo yang berupa sebuah rumah apartmen Ladang Tok pelam , satu lot tanah perumahan, satu lot tanah pertanian, sebuah kereta dan sebuah kenderaan pacuan empat roda kepada pengunjung-pengunjung bertuah.

“Selain itu, kita juga tawarkan hadiah-hadiah penganjur bertuah setiap hari yang berbentuk
sebuah motosikal, barangan-barangan elektrik dan elektronik kepada para pengunjung, justeru orang ramai tidak harus melepaskan peluang untuk hadir dan menikmati manfaat yang ditawarkan,” katanya. - teganukite.net

Related Posts:

  • Pemuda Dan Puteri UMNO Perlu Juarai Perang Siber Pemuda dan Puteri UMNO perlu lebih menguasai perang siber berbanding pembangkang bagi menangkis dan menyerang balas fitnah yang dilakukan.Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, ini sang… Read More
  • Bertuah Terpilih Tunai Haji Ahmad Razif meraikan bakal jemaah haji pada Majlis Meraikan Bakal Jemaah Haji Parlimen Kuala Nerus, di Hotel Tabung Haji, Foto Zulkifli Putra “Saya menganggap diri antara insan paling bertuah kerana turut dipilih Allah … Read More
  • ECRL Disambut Baik Penduduk, Ledakan Ekonomi Negeri Pantai Timur Orang ramai melihat model laluan ECRL sempena majlis pecah tanah projek itu yang disempurnakan Perdana Menteri, di Stesen Sentral KotaSAS, Kuantan,. Foto oleh Tg Syamim Tg Ismail Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dijan… Read More
  • Penyumbang RM1 Tabung UKM Terharu Ditaja Tunai Haji Penyumbang RM1 untuk Tabung Penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 49 tahun lalu, bersyukur dan terharu apabila mendapat penajaan daripada universiti itu untuk menunaikan ibadat haji pada musim ini. Mohamad Nord… Read More
  • PTG Terima 23,000 Permohonan Lot Tanah Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Negeri Terengganu menerima kira-kira 23,000 permohonan Skim Khas Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) sehingga pagi ini, selepas dilancarkan kerajaan negeri dalam usaha mema… Read More

Demi Masa

ISNIN, 17 Mac 2018
1:12 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74675
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan