Wednesday, 23 May 2018

Ahmad Samsuri bertanyakan sesuatu kepada mangsa kebakaran di Kampung Losong Haji Mat Shafie, Kuala Terengganu. Foto Oleh: Teengku Syamim Tengku Ismail

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) dan TDM Berhad dipertanggungjawabkan oleh kerajaan negeri membina dua buah rumah baharu untuk keluarga mangsa kebakaran di Kampung Losong Haji Mat Shafie, Kuala Terengganu yang hilang tempat tinggal selepas kediaman mereka terbakar, malam tadi.

Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, hampir RM100,000 diperuntukkan bagi pembinaan dua buah rumah itu yang bakal disiapkan sebelum umat Islam menyambut hari raya Aidilfitri.

“Agensi kerajaan negeri iaitu Maidam dan juga anak syarikat kerajaan negeri TDM Berhad bertanggungjawab mendirikan balik rumah yang musnah dalam kebakaran ini.

“Kita mengharapkan supaya sekurang-kurangnya dalam masa dua minggu ini rumah-rumah ini mampu disiapkan dan mangka kebakaran boleh menjalani ibadah puasa di rumah baharu selepas ini dan menyambut hari raya puasa dalam keadaan yang lebih baik,’ ujarnya selepas menziarahi mangsa rumah terbakar di Kampung Losong Haji Mat Shafie, Kuala Terengganu, hari ini.


Turut sama dalam lawatan itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Wakaf Mempelam, Wan Sukairi Wan Abdullah dan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Amzad Hashim.

Katanya, pihak Maidam akan memperuntukkan RM58,000 untuk pembinaan sebuah rumah manakala TDM Berhad dalam lingkungan RM40,000 untuk sebuah rumah lagi bagi meringankan beban keluarga tersebut.


“Kita turut mengalu-alukan bantuan daripada masyarakat untuk turut menyumbang supaya kita dapat menyiapkan dan melengkapkan lagi rumah itu dengan lebih baik.

“Pembinaan kedua-dua rumah ini juga akan dipantau dari semasa ke semasa supaya dapat disiapkan dalam tempoh yang kita jangkakan,” ujarnya.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.15 malam tadi, dua rumah musnah dalam kebakaran itu, bagaimanapun kesemua lima belas mangsa termasuk warga emas 73 tahun berjaya menyelamatkan diri. - teganukita.net

Related Posts:

  • 500 Penduduk Jayakan Komuniti Kampung Lingai Seramai 500 penduduk menjayakan Program Komuniti Masyarakat Kampung Lingai, di Kampung Lingai, Batu Rakit, Kuala Nerus, semalam. Program anjuran Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (J3K) Gong dan Kawasan Rukun… Read More
  • JKKK Bakal Miliki Sijil Tadbir Urus Desa Ismail Sabri dan Ahmad Razif bersama kepimpinan JKKK pada Majlis Penutup Program Sijil Tadbir Urus Infra-UniKL Zon Timur dan Pelancaran Tatacara Pengurusan JKKK di Hotel Tabung Haji, Kuala Nerus. Foto Zulkifli Putra  … Read More
  • Kes Jenayah Siber Perlu Diatasi Segera Penyebaran maklumat yang tidak terbukti kesahihannya atau berunsur fitnah, terutama melalui laman sosial perlu segera dibanteras dan dielakkan. Oleh itu, orang ramai khususnya ibu bapa perlu mendidik anak-anak betapa p… Read More
  • Ukom Anjur Tahlil Untuk Arwah Rakan Media Unit Komunikasi Negeri Terengganu (Ukom) menganjurkan majlis tahlil kepada pengamal media yang kembali ke rahmatullah di Pejabat Ukom, Kuala Terengganu, hari ini.Majlis diadakan khas kepada arwah Esah Abdullah (Ukom), Zain… Read More
  • 100 Murid DUN Permaisuri Jayakan Hari Buku Sedunia Seramai 100 murid dari lima sekolah di Setiu menjayakan program sempena Hari Buku Sedunia di Perpustakaan Daerah Setiu, Bandar Permaisuri, semalam. Penolong Pegawai Perpustakaan Daerah Setiu, Mohd Azran Yusof berkata, l… Read More

Demi Masa

SELASA, 8 Julai 2018
6:29 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

75963
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan