Thursday, 27 April 2017


Unit Komunikasi Negeri Terengganu (Ukom) menganjurkan majlis tahlil kepada pengamal media yang kembali ke rahmatullah di Pejabat Ukom, Kuala Terengganu, hari ini.

Majlis diadakan khas kepada arwah Esah Abdullah (Ukom), Zainuddin Muhammad (NST), Hashim Abdullah dan Mohamad Abdullah (RTM), Che Ku Zainal Che Ku Muda (Utusan Malaysia) serta Ali Mamat dan Mokhsin Bakhari (Bernama) serta  lain- lain yang pernah berkhidmat di Terengganu.


Pengarahnya, Dato' Muda Mamat berkata, majlis itu sebagai memperingati dan mendoakan kesejahteraan roh rakan-rakan media yang sudah meninggal dunia.

"Jasa dan pengorbanan rakan media sama ada yang masih ada serta sudah tiada terhadap masyarakat dan negeri khasnya tidak ternilai.

"Setidak-tidaknya kita bukan sahaja dapat mendoakan kebaikan dan kesejahteraan kepada arwah, malah berharap supaya yang masih hidup ini sentiasa ingat sampai masanya segala urusan duniawi ini akan ditinggalkan," katanya.

Turut serta, Timbalan Pengarah (Operasi) Ukom, Ruslan Abdul Rahman.

Majlis berkenaan turut dihadiri kira-kira 50 rakan media dari pelbagai agensi. - teganukite.net

Related Posts:

  • MB Lancar Tabung Amanah Kawat Ahmad Razif bersama para pengamal media yang mengenakan tema 'Back To School'  pada Majlis Ramah Mesra dan Penyampaian Bantuan Persekolahan di Hotel Permai, Kuala Terengganu, semalam. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim … Read More
  • Amirullah Terpilih Pengerusi MBNT Yang Baharu Sesi 2018/2021 Pengerusi Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) Terengganu, Amirullah Othman dipilih sebagai Pengerusi Majlis Belia Negeri Terengganu (MBNT) yang baharu bagi penggal 2018/2021 pada Mesyuarat Agung MBNT Kali Ke-15 di … Read More
  • Pengguna Akaun Palsu Tiada Masa Depan - Jailani Penggunaan akaun palsu di laman sosial terutama menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14(PRU14) hanya dilakukan oleh individu yang tidak mempunyai masa depan.Timbalan Menteri Komunikasi Dan Multimedia, Dato' Sri Jailani Johari be… Read More
  • 300 Tadika Kemas Uzur Dibaikpulih Ahmad Razif bersama kakitangan Kemas Sebanyak RM9.6 juta diperuntukkan untuk menyelenggara dan membaik pulih 300  Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) yang uzur di seluruh negara bagi  tahun ini.Ketua Pengarah… Read More
  • Elak Kongsi Kemewahan Di Laman Sosial - Jailani Jailani beramah mesra dengan salah seorang peserta Mini Karnival Usahawan di bawah Pusat Internet 1 Malaysia di Kuala Berang,hari ini Jadikan data peribadi sebagai komoditi berharga dan jangan sewenangnya berkongsi di l… Read More

Demi Masa

ISNIN, 23 Jun 2018
9:56 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

75780
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan