Wednesday 3 May 2017


Seramai 500 penduduk menjayakan Program Komuniti Masyarakat Kampung Lingai, di Kampung Lingai, Batu Rakit, Kuala Nerus, semalam.
Program anjuran Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (J3K) Gong dan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Lingai itu diadakan bagi mewujudkan keharmonian dan mengeratkan perpaduan antara penduduk.
Pengerusi J3K Lingai, Alias Mohd berkata, seramai 300 peserta terbabit dengan aktiviti seperti acara sukaneka dan pertandingan memancing.
"Seramai kira-kira 200 lagi ialah penduduk kampung dan sekitar yang hadir memberi sokongan dan menyaksikan program yang menjadi acara tahunan ini.
"Program bermula jam 8.30 pagi dengan beberapa acara sukaneka antaranya ialah lari dalam guni dan lari junjung kelapa, manakala sebelah petang pula diadakan pertandingan memancing melibatkan beberapa kategori.
Beliau turut berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program itu terutama Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Rakit, Bazlan Abdul Rahman dan juga penaja hadiah (TM Afiq).
Majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah disampaikan oleh Bazlan. - teganukite.net

Demi Masa

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan