Wednesday 7 March 2018


"Mengulang kaji secara konsisten serta dorongan ibu bapa merupakan kunci kejayaan saya memperoleh keputusan ini,” kata  Nur Hidayu Ahmad  dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu.

Nur Hidayu antara 23 pelajar cemerlang yang mencatat keputusan semua A bagi peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2017 di Terengganu.

Katanya, setiap hari dia akan memastikan semua kerja sekolah disiapkan dan menumpukan perhatian ketika guru mengajar serta kerap mengulangkaji pelajaran secara berkumpulan.

“Saya jarang belajar ketika berada di rumah, selain tidak mengikuti kelas tambahan kerana bagi saya belajar  di sekolah bermula awal pagi sehingga jam 4.30 petang sudah mencukupi.

“Penat juga kalu terlalu menumpukan terhadap pelajaran sebaliknya perlu juga melakukan aktiviti lain bersama keluarga,”katanya.



Menurutnya, kejayaan itu  bukan sahaja menggembirakan dirinya, tetapi apa yang penting adalah untuk  membahagiakan kedua ibu bapa.

“Ayah yang hanya bekerja sebagai pemandu van, manakala  ibu tidak bekerja cukup menaruh harapan supaya  saya dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi, seterusnya mendapat kerja yang selesa,”  katanya  yang bercita-cita mahu menjadi pensyarah dalam bidang ekonomi.

Manakala Arifah Jusoh, berkata dia seakan tidak percaya memperoleh semua A dan disenaraikan antara yang terbaik membabitkan 23 pelajar di Terengganu.

“Apa yang diperoleh itu pastinya menjadi pendorong buat diri  saya untuk mencipta kejayaan  lain sekiranya dapat melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi Awam kelak,” katanya. - teganukite.net

Demi Masa

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan