Sunday, 29 April 2018
Seramai 1,500 anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersiap siaga bagi melancarkan proses penamaan calon Parlimen Kemaman, Sabtu ini.
Pegawai Daerah Kemaman, Zahari Mat Azahar berkata, pihak SPR mengadakan sebagai persiapan berdepan situasi sebenar.
“Tujuan adanya simulasi ini adalah untuk memberi pendedahan kepada para petugas di pusat penamaan calon.
“Sebelum ini semua petugas diberikan pendedahan seawal tahun lepas untuk berhadapan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dan hari ini beliau akan praktikal apa yang dipelajari sebelum hari sebenar,” katanya.
Beliau yang juga Pegawai Pengurus Pilihan Raya P040 Parlimen Kemaman berkata demikian kepada pemberita semasa latihan simulasi penamaan calon di Dewan Berlian Majlis Pembandaran Kemaman (MPK), hari ini.
Menurut Zahari, pada hari berkenaan semua anggota petugas yang terlibat akan membuat persediaan seawal jam 6 pagi di pusat penamaan.
“Pihak kami juga bekerjasama padu dari pelbagai pihak jabatan dan juga parti yang mengambil bahagian bertanding.
“Saya berharap agar penyokong dari parti-parti ini akan membanjiri perkarangan di luar dewan,” katanya.
Kataya, pihak polis akan membuat sekatan jalan raya bagi laluan menghala ke MPK seawal jam 4 pagi bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas. - teganukita.net
Related Posts:
Hayati Inti Pati Al-Quran- Ghazali Umat islam perlu memahami dan menghayati inti pati al-Quran dalam melahirkan kerukunan serta keharmonian antara satu sama lain dan sebagai petunjuk terunggul yang harus dijadikan panduan sepanjang masa.Pengerusi Jawatankua… Read More
Terengganu Terima Geran PKS Tertinggi Terengganu menerima Geran Peningkatan Perusahaan Kecil Dan Sederhana (PKS) dan Program Peningkatan Enterpris Bumiputera (BEEP) yang tertinggi di seluruh negara, iaitu berjumlah RM27.29 juta sehingga Disember 2016.Timbalan … Read More
Sedia Kaji Cadangan AP Khas Untuk Produk Berunsur Babi -Ahmad Maslan Cadangan mewujudkan permit import(AP)khusus untuk produk yang mempunyai unsur babi sebelum dibawa masuk ke Malaysia sedia dikaji oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), kata Timbalan Menterinya, Datu… Read More
Terengganu Komited Lahirkan Golongan Saintis Islam A. Latiff bermesra dengan sebahagian pelajar terpilih dalam Program Saintis Islam Terengganu Kohort III 2017, di UMT, hari ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail Terengganu akan terus komited untuk melahirkan gol… Read More
SM Imtiaz Marang Mula Beroperasi Satu lagi sejarah buat pendidikan negeri Terengganu selaku Negeri Anjung Ilmu apabila Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu (SMIYT) Marang yang menempatkan 101 pelajar memulakan sesi persekolahan hari ini (Ahad). … Read More