Thursday, 30 March 2017

Tengku Zaihan ketika membahaskan titah Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin di persidangan penggal kelima Dewan Undangan Negeri ke-13, di Wisma Darul Iman pada hari ketiga, hari ini. Foto oleh Tg Syamim Tg Ismail

Setiap lapisan masyarakat di negeri ini diminta supaya lebih berfikiran dan bersikap pelancongan dalam usaha mencapai matlamat serta menjayakan Visit Beautiful Terengganu 2017 .

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman berkata, berfikiran dan bersikap pelancongan mampu meningkatkan mutu dan memberi kesan positif terhadap sektor pelancongan Terengganu secara khasnya.

“Berfikiran pelancongan ini bermaksud masyarakat termasuk dari pihak jabatan kerajaan, swasta, penggiat-penggiat pelancongan termasuk pekedai, pemandu kereta sewa dan bot yang merupakan barisan hadapan menyerapkan pemikiran ke arah memajukan sektor pelancongan.

“Dari segi kelakuan pula, mereka hendaklah menjadi seperti penggiat pelancongan. Contohnya seperti pekedai, mereka hendaklah memberi layanan yang istimewa serta penuh kemesraan agar pengunjung akan terus mengunjungi kedai tersebut pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas selesai membahaskan titah Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin di persidangan penggal kelima Dewan Undangan Negeri ke-13, di Wisma Darul Iman pada hari ketiga, hari ini.


Dalam pada itu, Tengku Zaihan juga mensasarkan lebih banyak lagi taman negeri akan diwartakan,  selepas Taman Bencah Setiu diwartakan sebagai taman negeri.

Tambahnya, kerajaan negeri juga telah mewujudkan Terengganu Riverine and Coastal Authority (Trevicosta) bagi memantau taman-taman negeri yang ada di Terengganu.

“Apabila bercakap pasal pelancongan di Terengganu, kita tidak dapat lari daripada eko-pelancongan yang mana melibatkan keindahan dan juga khazanah alam yang ada di negeri ini iaitu keindahan flora dan fauna yang ada di seluruh pelosok negeri Terengganu.

“Trevicosta ini merupakan satu agensi yang mana akan menjaga kelestarian sungai-sungai, tasik-tasik, persisiran pantai dan juga hutan-hutan yang ada di Terengganu,” katanya.

Related Posts:

  • PRU14: Ahmad Said Bakal Pertahan Kerusi Kijal Ahmad Mantan Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said turut diumumkan sebagai calon yang akan bertanding bagi mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14). Pengumuman itu sek… Read More
  • PRU14 : Calon Otai Kuala Berang Kekal Tengku Putera Calon otai, Dato' Tengku Putera Tengku Awang kembali mewarnai persada politik negeri apabila diumumkan mempertahankan kerusi bagi calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Berang bagi meng… Read More
  • PRU14 : BN Mampu Tawan Parlimen Dungun Din Barisan Nasional (BN) menzahirkan keyakinan mampu merampas kembali kerusi P039, Parlimen Dungun dari tangan pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini.Calon bagi kerusi tersebut, Dato' Din Adam berkata, keper… Read More
  • PRU14 : BN Gempur Sura, Paka Berita oleh : Izzuan AhmadDua kerusi `panas' Dewan Undangan Negeri (DUN) Sura dan Paka mampu digempur dan bakal dirampas semula Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) tidak lama lagi.Ini dilihat kepada p… Read More
  • PRU14 : Abe Adi Pertahan Kota Putera Mahdi Khabar angin yang bertiup kencang terhadap bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera, Mohd Mahdi Musa yang dikatakan tidak akan dicalon semula bagi mewakili Barisan Nasional (BN) terjawab apabila turut terc… Read More

Demi Masa

JUMAAT, 11 Julai 2018
3:20 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

75979
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan