Wednesday, 29 March 2017

Tengku Zaihan mempromosi VBT pada pameran International Tourismus Borse (ITB) di Berlin, Jerman baru-baru ini

Usaha menjual nama Terengganu menerusi kempen Visit Beautiful Terengganu (VBT) 2017 yang dilaksanakan secara konsisten berupaya menarik kunjungan pelancong dari dalam dan luar negara untuk memilih negeri ini sebagai destinasi utama percutian. 

Terbaru, aktiviti promosi di International Tourismus Borse (ITB) di Berlin, Jerman,  baru-baru ini, turut menarik 21 pengamal media cetak, elektronik dan media sosial dari Eropah untuk ke negeri ini.


Kumpulan berkenaan dijangka akan ke Taman Tamadun Islam, Tasik Kenyir, Pasar Besar Kedai Payang, kawasan perkelahan Chemerong, Pulau Redang, Pulau Perhentian dan Pulau Kapas.

Timbalan Pengerusi Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman berkata, mereka yang  datang secara berperingkat-peringkat itu akan dibawa agen pelancongan ke destinasi pilihan masing-masing.

Katanya, sekiranya pengamal media berkenaan mahu membuat liputan mengenai kehidupan kampung, agen akan bersedia membawanya ke kawasan Homestay Teluk Ketapang, Seberang Takir bagi memfokuskan segmen berkaitan.

“Manakala, jika ingin memfokuskan berkaitan makanan tradisional Terengganu, kawasan yang bersesuaian adalah Kampung Batangan di Marang.

“Penduduk di perkampungan itu boleh menunjukan proses memasak nisan nyior, dodol dan pelbagai masakan tradisional lain bermula daripada penyediaan bahan,” katanya kepada Teganukita.

Tengku Zaihan turut memberitahu, selain pengamal media berkenaan, 10 agensi pelancongan terkemuka dari German, Perancis, Itali, Russia dan  lain-lain juga bersetuju melancong ke Terenganu sambil mengadakan lawatan pembelajaran dalam tempoh terdekat. - teganukite.net

Related Posts:

  • Banjir : VBT 2017 Tidak Terjejas Ahmad Razif bersama rombongan melawat ketika melawat pusat perpindahan banjir di SMK Badrul Alam Shah, Kemaman. Bencana banjir yang melanda di kebanyakan daerah di Terengganu tidak menjejaskan pelancong untuk melawat ne… Read More
  • Program Hari Tanpa Kenderaan Akan Diperluas Ke Setiap Daerah Kerajaan negeri akan memperluaskan Program Hari Tanpa Kenderaan selama tiga jam ke seluruh daerah di negeri ini dalam usaha melahirkan masyarakat sihat dan mempunyai semangat kesukanan.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif… Read More
  • Peniaga Jangan Ambil Kesempatan - MB Peniaga dinasihatkan agar tidak mengambil kesempatan terhadap pelancong dari dalam dan luar negara terutamanya ketika kerancakan kempen `Visit Beautiful Terengganu (VBT) 2017'. Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Ab… Read More
  • Aplikasi Destinasi Terengganu, Maklumat Pelancongan Di Hujung Jari Wan Hakim (dua dari kiri) menunjukkan aplikasi Destination Terengganu yang boleh mula dimuat turun melalui App Store dan Google Play Store. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail. Kerajaan negeri dengan kerjasama Telekom M… Read More
  • Terengganu Perkenal Bas Kite Bas Kite Bakal Beroperasi 15 Januari ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail  Terengganu bakal memperkenalkan perkhidmatan `Bas Kite' bermula 15 Januari ini dengan reka bentuk  lebih unik, selesa dan m… Read More

Demi Masa

AHAD, 16 Mac 2018
10:15 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74667
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan