Wednesday, 21 December 2016

Petugas membersihkan kawasan sebagai persiapan penmganjuran program Batangan Jamboree 2016, Sabtu ini. Foto oleh Tg Syamim Tg Ismail

Penduduk Kampung Batangan, Marang, menyambut baik usaha kerajaan dan penganjur program Batangan Jamboree 2016 (BJ16), Sabtu ini kerana mampu memperkenalkan kampung mereka kepada masyarakat dalam dan luar negara, sekali gus meningkatkan ekonomi penduduk setempat.

Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K) Batangan, Wahid Mat Dahan, amat teruja dan gembira apabila kerajaan negeri melalui Sekretariat Beautiful Terengganu memilih kampung tersebut sebagai lokasi utama program yang dijangka akan menarik kira-kira 2,000 peserta dan pengunjung dari dalam dan juga luar negara.

Katanya, program yang pertama kali diperkenalkan di Terengganu itu secara tidak langsung dapat mempromosikan tarikan serta produk kampung secara meluas.

“Kampung Batangan terkenal dengan produk manisan seperti dodol daun palas, manisan kampung dan gula-gula kelapa yang dihasilkan oleh penduduk kawasan ini.

“Dengan adanya program sebegini, ianya dapat meningkatkan taraf ekonomi penduduk setempat,”katanya yang ditemui Teganukita, hari ini.

Tambahnya, persiapan bagi menjayakan program itu sedang giat diatur dan berkeyakinan acara itu akan berjalan lancar serta mendapat sambutan baik.

Menurutnya, sehingga kini, persiapan tempat sudah siap hampir 80 peratus termasuk menyediakan tiga tapak parkir untuk pengunjung.

“Saya berharap program ini akan berjalan lancar dan bakal menjadi perangsang untuk menganjurkan program yang sama pada tahun hadapan,” katanya.

Bagi Pengerusi Majlis Belia Daerah Marang, Amirullah Othman pula menyifatkan BJ16 yang julung kalinya diadakan itu adalah satu penghargaan bagi golongan belia setempat termasuk di Marang, apabila daerah itu dipilih untuk penganjuran  program itu.

“Saya kira ini adalah satu penghormatan kepada kami selaku belia di Marang yang juga merupakan peserta dalam program apabila Kampung Batangan dipilih sebagai venue utama BJ16 ini.

“Ianya secara tidak langsung dapat menaikkan nama Batangan itu sendiri  dan menjadi lokasi pilihan terbaik untuk penganjuran sukan lasak serta ekstrim di persada antarabangsa apabila terdapat peserta dari luar negara di kejohanan ini nanti,” katanya. - teganukite.net

Related Posts:

  • Ngambat Ikan Sungai Berang Tarikan Di Hulu Terengganu Program ngambat atau mengarau ikan kini dijadikan program tahunan dan mengisi kalendar pelancongan Daerah Hulu Terengganu.Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-Tugas Khas  Negeri, Ghazali Taib berkat… Read More
  • TIPCO 2017 Bakal Promosi Terengganu Sebahagian peserta yang mengambil bahagian dalam TIPCO 2017 bersama dengan Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak di Quinara Al-Safir, Kuala Nerus. Foto oleh Tengku Syamim Tengku I… Read More
  • Kuala Berang Ecofest 2.0 Promosi Tarikan Sungai Kodok Kuala Berang Ecofest 2.0 berjaya menggamit kehadiran lebih 2,000 pengunjung yang menyertai pelbagai aktiviti sekali gus  mempromosikan Sungai Kodok, Kampung Langgar sebagai destinasi tumpuan pengunjung terbaharu di Hu… Read More
  • 700 Kapal Layar Singgah Di Terengganu Ahmad Faisal bersama pelayar yang singgah di Kuala Terengganu dirai dalam satu majlis di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu. Foto Harish Fadzillah Kassim Lebih 700 kapal layar membabitkan hampir 1,500 pelayar luar ne… Read More
  • Nasi Dagang Terengganu Bakal Tembusi Australia Ahmad Razif turut turun padang mempromosikan Nasi Dagang Sejuk Beku kepada pengusaha-pengusaha makanan di Australia ketika lawatan kerajaan negeri ke Perth baru-baru ini. Nasi dagang sejuk beku keluaran T-Kitchen, sebuah a… Read More

Demi Masa

ISNIN, 17 Mac 2018
12:51 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74675
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan