Monday, 5 March 2018
Pertama kali menyertai ekspo anjuran kerajaan negeri, Ekspo Terengganu 2018 membuka ruang uasahawan dari Kuala setiu untuk mengembangkan perniagaan industri desa seperti budu, belacan, ikan kering dan cuka nipah ke tahap lebih tinggi.
Fatimah Che Long, 63, dari Kuala Setiu, berkata sejak hari pertama di ekspo, jualannya produk industri kecil dan sederhana (IKS) mendapat sambutan baik daripada pengunjung dan mampu mendapat pulangan hampir RM1,000 dalam satu hari.
"Makcik jual budu, belacan, ikan kering dan cuka nipah yang diproses sendiri di rumah secara berperingkat, jadi hasilnya tidak sama seperti kilang yang buat pukal.
"Alhamdulillah, tak sangka betul bila datang kat ekspo ni, pendapatan mak cik meningkat, mak cik dapat banyak tempahan dan ada yang berminat untuk menjadi pembekal...memang syukur sangat," katanya kepada pemberita ketika ditemui di gerai jualannya di tapak ekspo di Pekarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus, hari ini.
Menurutnya, dia dikunjungi oleh beberapa peniaga yang berminat serta menawarkan diri untuk menjadi pembekal kepada produknya bagi pasaran tempatan dan luar negeri.
Dia mengusahakan perniagaan itu dengan dibantu suami, Mat Ali Ismail, 66, yang juga seorang nelayan sejak lima tahun lalu kerana terlalu minat tambahan pula kerjaya suaminya memudahkan urusan pembuatan.
"Sebagai tambahan, makcik juga hasilkan anyaman tikar, lekar dan badang dari daun mengkuang yang didapati dari kawasan berdekatan.
"Suami makcik ni nelayan, jadi sumber asas seperti ikan tak perlu nak fikir lagi cuma sekarang dalam proses menjenamakan produknya supaya lebih menarik," katanya lagi.
Fatimah berkata, penganjuran ekspo seperti ini banyak membantunya menjana pendapatan dan mengucapkan terima kasih serta tahniah kepada kerajaan negeri sekali gus mahu mengambil peluang menyertai program seumpama itu lagi pada masa depan. - teganukita.net
Related Posts:
Sidang DUN: Terengganu Jamin Amphicoach Tiba Jun Ini Ahmad Razif berkata sesuatu kepada pemimpin PAS sewaktu minum pagi di persidangan kelima Dewan Undangan Negeri ke-13, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu. Foto Tg Syamim Tg Ismail Kerajaan negeri hari ini&… Read More
Sidang DUN: Telaga Minyak Bertam, Masih Menunggu Jawapan JUPEM Kerajaan negeri masih menunggu keputusan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) berkaitan persempadanan telaga minyak Bertam sama ada milik Terengganu atau Pahang. Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif A… Read More
Sidang DUN : Terengganu Cadang Kenakan Caj Untuk Menginap Di Hotel Ahmad Razif ketika menjawab soalan media sejurus selesai sesi soalan lisan pada hari kedua persidangan penggal kelima DUN Ke13, di Wisma Darul Iman, hari ini. Foto oleh Zulkipli CW Putra Terengganu bercadang untuk menge… Read More
Sidang DUN: Kerjasama UMNO, Pas Penting Demi Pertahankan Kedaulatan Islam Ahmad Razif berbual bersama pemimpin Pas sejurus selesai sesi soalan lisan pada hari kedua persidangan penggal kelima DUN Ke13, di Wisma Darul Iman, hari ini. Foto oleh Zulkipli CW Putra Kerjasama antara parti UMNO deng… Read More
Sidang DUN : Jumlah Pelancong Meningkat 300 Peratus Dalam Tempoh 10 Tahun Mohd Iskandar ketika sesi perbahasan pada hari kedua persidangan penggal kelima DUN Ke13, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu hari ini. Foto oleh Tg Syamim Tg Ismail Jumlah kedatangan pelancong ke beberapa lokas… Read More