Monday, 5 March 2018

Ahmad Razif ketika merasmikan Food Truck Chicken Cottage Pertama sempena Ekspo Terengganu 2018 Foto oleh Zulkifli Putra

Restoran makanan segera Chicken Cottage terus  melebarkan sayap perniagaannya dengan penambahan  pembukaan sepuluh cawangan lagi restoran itu di luar negara bermula Mac ini. 

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata pembukaan rangkaian restoran makanan segera milik kerajaan negeri itu akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat di mana rangkaian pertama adalah di Jerman.

Katanya, negara lain termasuk, Dubai, Algeria, dan United Kindom, London.

“Pembukaan akan dilakukan secara berperingkat dan kerajaan negeri baru sahaja menandatangi memorandum persefahaman (MOU) dengan syarikat di Dubai di mana sebanyak enam outlet akan dibuka di negara berkenaan,” katanya.
 
 Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Food Truck Chicken Cottage Pertama sempena Ekspo Terengganu 2018, di Perkarangan Kompleks Sukan, Stadium Gong Badak, Kuala Nerus, petang ini.

Ahmad Razif berkata, sebuah restoran di Lembah Klang juga dijangka beroperasi pada pertengahan Mac ini yang mampu menyediakan 108 kerusi kepada pelanggan.

 

“Dengan pembukaan lebih banyak outlet ini, kerajaan negeri menjangkakan keuntungan sebanyak 300,000 paun pada tahun ini.

“Malah, ia juga menjadi penambahan kepada 100 cawangan yang sedia ada di Uk, Pakistan, Algeria, Perancis, Dubai, Slovakia, Afrika selatan, Libya, Sweeden, Italy dan Iraq,” katanya - teganukita.net

Related Posts:

  • Pelancong Asean Teruja Terokai Terengganu Sebahagian dari pelancong yang hadir tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail. Kira-kira 3,000 pelancong Asean t… Read More
  • Banjir : Jumlah Mangsa Meningkat Kepada 11,090 Orang Wan Nawawi bermesra dengan penjawat awam cemerlang selepas Perhimpunan Bulanan Bersama Penjawat Awam Wisma Darul Iman, hari ini. Foto oleh Zulkifli Putra Jumlah mangsa banjir di Terengganu terus mencatat peningkatan men… Read More
  • Pusat Akuatik Dibuka Semula Pertengahan Bulan Ini Ahmad Razif dalam lawatannya ke Pusat Akuatik MBKT, Kuala Terengganu, hari ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail. Pusat Akuatik Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) akan mula dibuka semula pada pertengahan Janu… Read More
  • Banjir : 64 Sekolah Ditutup Sebanyak 64 sekolah ditutup di seluruh Terengganu sehingga hari ini, berikutan kawasan sekolah yang ditelenggami air dan terputus hubungan akibat banjir yang melanda negeri ini. Daripada jumlah itu,  sekolah… Read More
  • Tiga Projek Perkedaian MBKT Beroperasi Awal Februari Ahmad Razif memberi penerangan kepada peniaga-peniaga ketika meninjau projek MBKT di sekitar Pusat Bandar Kuala Terengganu. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail Tiga projek perkedaian Majlis Bandaraya Kuala Terengganu … Read More

Demi Masa

JUMAAT, 11 Julai 2018
5:22 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

75979
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan