Peningkatan kos sara hidup, pekerjaan dan perumahan menjadi tiga isu utama yang membimbangkan rakyat dan perlu dipandang serius oleh pihak kerajaan negeri ini.
Berdasarkan undian yang dibuat oleh pengunjung di Tapak ekspo Terengganu 2018 di Booth yang disediakan Terengganu Strategic and Integrity institute (TSIS), tiga isu berkenaan mendapat undian tertinggi berbanding lima lagi isu yang disenaraikan.
Antara isu lain yang disenaraikan (TSIS) termasuklah perumahan, pendidikan, masalah sosial, keselamatan awam, penghayatan agama, sistem penyampaian pekhidmatan kerajaan.
Berdasarkan undian pada hari pertama ekspo berlangsung sehingga jam 3 petang tadi, masalah peningkatan kos sara hidup mendapat undian sehanyak 22 peratus; pekerjaan, 20 peratus manakala masalah perumahan mendapat 15 peratus undian.
Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri, Tun Faisal Tun Abdul Razak berkata, penyediaan aplikasi undian di booth TSIS di tapak ekspo penting kerana lokasi itu akan menjadi tempat tumpuan rakyat sepanjang tujuh hari ekspo berlangsung.
“Jadi, saya menyeru orang ramai supaya datang ke tapak ekspo ini dan membuat undian supaya kerajaan tahu apa permasalahan yang dihadapi oleh rakyat.
“Malah, melalui informasi yang disediakan di tapak ekspo ini, kami yakin rakyat dapat melihat dengan lebih dekat pembangunan dan kejayaan yang dikecapi kerajaan termasuk sektor pelancongan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Ekspo Terengganu 2018, di Pekarangan Stadium Negeri, Gong Badak, Kuala Nerus, hari ini - teganukita.net
Monday, 5 March 2018
Related Posts:
GPMS Perlu Transformasi Minda, Lahirkan Mahasiswa Minda Kelas Pertama - A. Latiff Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Negeri Terengganu perlu kekal dengan matlamat asal penubuhannya untuk memperkasakan pendidikan Orang Melayu, kata Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transform… Read More
MB Tinjau Kebakaran Di Kampung Tanjung Kebakaran di Kampung Tanjung, Kuala Terengganu, malam tadi turut menarik perhatian Menteri Besar untuk meninjau lebih dekat kejadian sejurus tiba dari majlis bersama masyarakat di Dungun pada sebelah petang.Dato’ Seri Haji… Read More
MB UcapTakziah Kepada Keluarga Dua Juruterbang TUDM Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abdul Rahman mengucapkan takziah kepada keluarga dua juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang maut dalam tragedi yang berlaku di Hutan Paya Chukai, Kemaman, hari ini.Allah… Read More
MB Berbuka Puasa Bersama Warga Dungun Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman bersama isteri To' Puan Seri Halina Zakaria hari ini mengambil kesempatan berbuka puasa bersama warga Dungun.Kira-kira 1,500 penduduk tempatan tidak melepaskan peluang untuk… Read More
Felda Agih 3.86 Juta Untuk Peneroka Terengganu Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda)Wilayah Terengganu memperuntukkan RM3.86 juta untuk diagihkan kepada 4,900 peneroka Felda di Terengganu pada perayaan Aidilfitri tahun ini.Pengurus Besar Felda Wilayah Terengganu, … Read More