Tuesday, 3 January 2017

Ahmad Razif dalam lawatannya ke Pusat Akuatik MBKT, Kuala Terengganu, hari ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.

Pusat Akuatik Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) akan mula dibuka semula pada pertengahan Januari ini, sebaik sahaja kerja membaik pulih selesai.

Pengarah Penyelenggaraan Bangunan MBKT, Zulkefly Hassan berkata, kerja-kerja pembaikan kini sedang giat dijalankan secara berperingkat dan ada kemudahan yang boleh mula digunakan pada pertengahan bulan ini.

“Baik pulih melibatkan lantai pada permukaan kolam serta sekeliling kolam termasuk tambah baik sistem pam sedia ada di pusat akuatik ini.

“Untuk permulaan, kita akan buka dahulu untuk bahagian kanak-kanak manakala di bahagian wanita serta dewasa ianya akan disiapkan secara berfasa,” katanya kepada Teganukita dalam lawatan kerja Menteri Besar ke Pusat Akuatik MBKT, di Batu Buruk, Kuala Terengganu, hari ini.

Turut hadir, Datuk Bandar Kuala Terengganu, Zulkifli Abu Bakar dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Dato’ A Rahman Yahya. - teganukite.net

Related Posts:

  • ‘Lihat Video’ Ciri Baharu Akhbar Suara Transformasi Slogan “Cara Lama Dimensi Baharu” cetusan YAB Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman agar menerapkan transformasi dan inovasi dalam setiap perkara kini dipraktikkan pula dalam penerbitan akhbar Suara Transformasi… Read More
  • Kerajaan BN Terus Martabat Bidang Pendidikan- Mahadzir Mahadzir ketika melancarkan Majlis Pecah Tanah Pejabat Pelajaran Daerah Marang di Marang, Kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah pimpinan Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak hari ini meneruskan agenda pembangunan pend… Read More
  • Sekolah Menengah Baru Untuk Penduduk Kampung Serada Penduduk Kampung Serada, di Parlimen Marang boleh menarik nafas lega apabila impian mereka sejak 10 tahun lalu untuk mendapatkan sebuah sekolah menengah di kampung itu menjadi kenyataan, hari ini.Menteri Pendidikan, Dato’ … Read More
  • Tiada Istilah Anak Tiri Untuk Perantau Terengganu Ahmad Razif bersama perantau dari Komuniti Anak Darul Iman Malaysia (Kadim) dalam Majlia Ramah Mesra YAB Menteri Besar Terengganu Bersama NGO Perantau Lembah Klang, malam tadi. Foto oleh Tengku Syamin Tengku Ismail. Per… Read More
  • Ahmad Razif Seru NGO Berjihad Ahmad Razif ketika berucap dalam Majlis Ramah Mesra YAB Menteri Besar Terengganu Bersama NGO Perantau Lembah Klang di Kuala Lumpur, malam tadi. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail. Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razi… Read More

Demi Masa

ISNIN, 17 Mac 2018
4:12 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74679
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan