Monday, 5 March 2018
Hotel Permai, Kuala Terengganu menawarkan beberapa hidangan kepada pengunjung di Ekspo Terengganu 2018 dengan harga istimewa yang jauh lebih murah sepanjang seminggu acara itu berlangsung.
Pengurus Besarnya, Noralizan Abd. Rahman berkata, antara hidangan yang menjadi pilihan adalah nasi ayam kampung penyet yang dijual pada harga RM12 berbanding nilai sebenar RM20 di hotel, di samping, burger oblong serendah RM6 (harga sebenar RM18) dan spageti bebola daging (RM6).
Katanya, terdapat juga pilihan lain seperti mi calong (RM6), teh tarik special (RM3) dan air pegaga 'permai wow' bernilai RM3.
"Kita dapat sambutan yang hebat, luar jangkaan malah hari ini dalam tempoh satu jam bermula pukul 10 pagi, nasi ayam kampung penyet Hotel Permai licin.
"Pada peringkat permulaan, sebanyak 40 ekor ayam disediakan dan kita terpaksa tambah lagi 60 ekor untuk memenuhi permintaan pelanggan yang ramai," katanya kepada pemberita di tapak pameran Ekspo Terengganu 2018, hari ini.
Menurut Noralizan, harga istimewa yang ditawarkan itu setanding dengan gerai jualan lain yang terdapat di ekspo menyebabkan pengunjung menyerbu gerai jualan mereka.
Katanya, ekoran sambutan menggalakkan itu, pihaknya akan menggunakan 500 ekor ayam bagi keperluan hingga hari terakhir ekspo, dengan penambahan 200 ekor ayam.
Tambahnya, selain jualan makanan, Hotel Permai menawarkan harga bilik bernilai RM99 termasuk sarapan pagi bagi pelanggan sepanjang ekspo berlangsung. - teganukita.net
Related Posts:
PRU14: Calon Di Parlimen Setiu Layak Bertanding Ribuan penyokong BN membanjiri pekarangan Pusat Penamaan Calon Setiu Penamaan calon bagi Parlimen Setiu (P034) berjalan lancar apabila semua calon yang akan bertanding menyerahkan borang di Pusat Penamaan Calon di Pejabat … Read More
PRU14: Penamaan Calon Kuala Nerus Lancar Proses penamaan calon P035 Kuala Nerus bertempat di Kompleks Majlis Sukan Negeri, Gong Badak, pagi ini berjalan lancar.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pasukan keselamatan dan Suruhanjaya Pilihan ra… Read More
PRU14: Zaitun Komited Tingkat Ekonomi Penduduk Calon N18 Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payung (N18), To' Puan Zaitun Mat Amin berazam memberikan nilai tambah kepada pembangunan sedia ada untuk meningkatkan kesejahteraan penduduk di kawasan itu. Menurut beliau,… Read More
PRU14 : 'Dato' Jai' Turut Sertai 12,000 Penyokong BN Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Dato' Seri Jailani Johari muncul memberikan sokongan kepada calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen P038 Hulu Terengganu, di Pusat Penamaan Calon di Pejabat Daerah Hulu Terengganu, har… Read More
PRU14 : 10,000 Penyokong BN Mara Ke Stadium Negeri Lautan penyokong BN berarak menuju ke Stadium Negeri. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail dan Hasmizi Hamid Suasana sekitar Stadium Negeri, Kuala Terengganu, hingar bingar dengan sorakan ribuan penyokong daripada tiga pa… Read More