Monday, 5 March 2018
Seramai 5,000 peserta dijangka bakal memeriahkan pertandingan memancing terbesar di Pantai Timur bersempena Ekspo Terengganu 2018 'Terengganu Molek Doh' bertempat di Tasik Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak, Kuala Nerus, pada 2 Mac 2018 (Jumaat) jam 8.30 pagi.
Program julung kali itu dianjurkan Kelab Kebajikan dan Rekreasi RTM Terengganu dan Nodin KTJ Fishing.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komoditi Negeri, Dato' Muhammad Pehimi Yusof akan menyempurnakan majlis penyampaian hadiah acara itu pada jam 11.30 pagi.
Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh Kelab Kebajikan dan Rekreasi RTM Terengganu, hadiah menarik melibatkan wang tunai lebih dari RM195,000 bakal menjadi rebutan pemancing.
Katanya, juara akan membawa pulang RM50,000, naib juara (RM30,000) dan yang ketiga RM15,000, manakala masing-masing tempat keempat (RM5,000) dan kelima (RM2,000).
Manakala tempat keenam hingga ke seratus bakal membawa pulang RM1,000. Turut menjadi rebutan cabutan bertuah berupa sebuah motosikal, dua unit tv led dan wang tunai.
"Yuran memancing hanya RM100 dikenakan untuk satu joran dengan dua mata kail. Konsep pertandingan adalah menang sapu bersih,"katanya. - teganukita.net
Related Posts:
Hafiz Jadi Hero Majlis Khatan Beramai-Ramai Seorang kanak-kanak yang menjadi peserta pertama berkhatan beramai-ramai anjuran UMNO Bahagian Kuala Terengganu, boleh digelar sebagai `hero’ dan contoh terbaik kepada rakan sebaya lain, apabila hanya menunjukkan muka bers… Read More
Jiran Prihatin- Bazlan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Rakit, Bazlan Abd Rahman mahu setiap jiran mengambil cakna jiran masing-masing dalam usaha untuk menghindarkan kegiatan tidak sihat di setiap komuniti. Bazlan berkata, sikap men… Read More
100 Kanak-Kanak Teruja Dirai Di Majlis Berkhatan DUN Bukit Payong Seramai 100 kanak -kanak teruja menyertai program berkhatan beramai- ramai anjuran Penyelaras UMNO Dewan Undangan Negeri Bukit Payong di Perkarangan Pasar Kedai Buloh, Bukit Payong, Marang, kelmarin. Program tersebut &… Read More
JKKK Kg Alur Tuman Rintis Kem Bestari Solat Geng Surau Di Kalangan Kanak-Kanak Menyedari pentingnya menjaga kesempurnaan dalam solat, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K) Kampung Alur Tuman menganjurkan Kem Bestari Solat Geng Surau di Surau Hujung Da, Alur Tuman, Marang. Program se… Read More
Sukan Bermandi Lumpur DUN Jabi Meriah Suasana meriah dan riuh-rendah mewarnai Kampung Lubuk Paku, Jabi, Besut, sempena Program Sukan Rakyat D' Baroh Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi Parlimen Setiu, semalam. Lebih 2,000 penduduk sekitar termas… Read More