Monday, 5 March 2018
Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil-wakil Rakyat Negeri Terengganu (Serikandi) menggesa orang ramai supaya sentiasa turun padang bagi melihat sendiri situasi golongan yang tidak bernasib baik.
Yang Dipertuanya, To’ Puan Seri Halina Zakaria berkata, dengan adanya program yang kerap kali diadakan ke rumah istimewa ini sekurang-kurangnya dapat meringankan beban serta menggembirakan perasaan mereka.
“Mereka tidak mengharapkan apa-apa daripada kita. Cuma, sekiranya kita lebih prihatin, ia akan sekaligus dapat menjadikan dunia ini lebih baik.
“Serikandi akan terus mengadakan program-program sebegini supaya kita juga dapat belajar apa itu erti syukur,” katanya.
Beliau ditemui wartawan selepas mengagihkan sumbangan Serikandi kepada penduduk Taman Sinar Harapan di Bukit Besar, Kuala Terengganu, baru-baru ini.
Halina berkata, Serikandi turut mengalu-alukan mana-mana organisasi dan badan-badan bukan kerajaan untuk bekerjasama dengan pertubuhan tersebut bagi menghulurkan bantuan kepada golongan yang tidak berkemampuan.
Dalam majlis berkenaan, Serikandi turut menyumbangkan RM1,000 sebagai sumbangan pentadbiran kepada Taman Sinar Harapan. - teganukita.net
Related Posts:
Cari Pahala Di Bazar Ramadan Hampir seminggu umat Islam di negara ini mengerjakan ibadah puasa di bulan Ramadan yang mulia. Bermakna, kira-kira seminggu juga para peniaga di bazar-bazar Ramadan di seluruh daerah mencari rezeki menjual juadah berb… Read More
Orang Ramai Dijemput Meriahkan Program Nostalgia Ramadan Orang ramai dijemput memeriahkan Program Nostalgia Ramadan anjuran Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) yang diadakan sepanjang bulan Ramadan ini bertempat di Pasarnita Tanjung, Kuala Terengganu. Datuk Bandar M… Read More
Hotel Grand Continental Rai Anak Yatim Amzad bersama anak yatim sewaktu Majlis Berbuka Puasa di Hotel Grand Continental, Kuala Terengganu, petang semalam. Bersempena kedatangan bulan Ramadan, Hotel Grand Continental Kuala Terengganu (HGCKT) menganjurkan majlis … Read More
PRU14 : Derita Bapa Tunggal Dapat Perhatian Oleh : Ezzuan AhmadSeorang bapa tunggal yang menghidap penyakit kencing manis di tahap kritikal kini mampu tersenyum selepas kediamannya di Kampung Pinang Merah, Paka, yang rosak sudah dibaiki semula.Abdul Rahman Moha… Read More
Kelek JB Prihatin Sedia Juadah Sahur Petugas Malam Adun Ajil, Maliaman Kassim menyampaikan sumbangan juadah untuk bersahur kepada kakitangan Hospital Hulu Terengganu sempena Program Singgah Sahur anjuran Kelek JB semalam Di saat orang lain lena dibuai mimpi, ada insan-insa… Read More