Ahmad Zahid merasmikan Kedai Koperasi Permotoran Terengganu Darul Iman Berhad sambil disaksikan oleh Ahmad Razif dan Yasin. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.
Kejayaan Terengganu membina litar lumba untuk anak muda turut menarik perhatian Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk merasmikan Kedai Koperasi Permotoran Terengganu Darul Iman Berhad (KPTDIB) yang terletak di Litar Permotoran Gong Badak, Kuala Nerus, hari ini.
Ketibaan beliau turut diiringi oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail; Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia, Dato’ Rozi Mamat.
Selepas merasmikan kedai tersebut, Ahmad Zahid turut berkesempatan melakukan pelepasan ‘sprint’ bagi kategori kepala lori selain menyaksikan persembahan perlumbaan motosikal dari pelumba-pelumba cilik.
Sebelum berangkat pulang, Ahmad Zahid sempat beramah mesra dengan ahli-ahli koperasi tersebut.
Sementara itu, Pengerusi KPTDIB, Mohd Yasin Awang berkata kedai tersebut dibina adalah bagi memberi peluang kepada ahli-ahli untuk membeli barangan dengan lebih murah daripada kedai di luar.
Katanya, empat buah kedai telah dibina di litar tersebut bagi turut memudahkan kepada peminat-peminat permotoran yang hadir ke situ untuk menyaksikan perlumbaan yang sering dianjurkan.
“Tujuan saya menubuhkan kedai ini adalah untuk memberi peluang kepada anak-anak muda ke arah lebih teratur dibawah bimbingan koperasi.
“Kita ada empat buah kedai di sini untuk ahli-ahli koperasi iaitu kedai pakaian, barangan motosikal dan juga kedai makanan,” katanya.
Tambahnya, buat masa sekarang, lebih 500 ahli telah mendaftarkan diri di bawah KPTDIB sejak ianya ditubuhkan pada tahun lalu.
“Kita tidak menetapkan yuran keahlian untuk yang berminat menjadi ahli koperasi kerana kita ingin memberi peluang kepada anak muda melabur.
“Ada yang membuat bayaran bermula RM10 dan ada yang membayar RM50 bergantung kepada kemampuan mereka,” katanya. - teganukita.net
|
Wednesday, 28 February 2018
Related Posts:
Peruntukan Terengganu FA Dan T-Team FC Ditambah Barisan pemain T-Team FC yang akan bersaing dalam Liga Super untuk musim ini. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim. Kerajaan negeri akan menambah perbelanjaan pengurusan dua pasukan utama bola sepak Terengganu, Tereng… Read More
1,260 Peserta Bakal Berentap Mountain Bike Batangan Jamboree Sabtu Ini Seramai 1,260 pengayuh basikal lasak tempatan dan luar negara mengesahkan penyertaan di kejohanan Mountain Bike Batangan Jamboree 2016, di Kampung Batangan, Seberang Marang pada 24 Disember (Sabtu) ini. Program yang men… Read More
Lebih 20,000 Peminat Bola Sepak Bakal Penuhi Kompleks Sukan Negeri Ahmad Razif (tengah) bakal hadir ke Majlis Pelancaran Jersi Serta Memperkenalkan Pasukan Bola Sepak dan Hoki Terengganu 2017 di Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus.Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.… Read More
Pesilat Negara Terima Lot Tanah Razak dan Siti Rahmah menerima sumbangan dari kerajaan negeri berjumlah RM16,500 serta satu lot tanah kediaman setiap seorang. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail. Kerajaan negeri menyerahkan ganjaran berupa lot tanah… Read More
Program Kayuhan Muhibah Jumaat Ini Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) akan mengadakan Program Kayuhan Muhibah pada 30 Disember ini sebagai salah satu gimik pra pelancaran Tahun Melawat Terengganu 2017. Pengarah Korporat, Kemasyarakatan dan Kualit… Read More