Monday, 5 March 2018
Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail
Sebanyak 10 persatuan penduduk sekitar negeri ini menerima geran Komuniti Penduduk 1Malaysia (KP1M) bagi tahun 2018 bagi menambah baik kemudahan serta sistem keselamatan di kampung masing-masing.
Geran tersebut diserahkan oleh Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman dalam Majlis Penyampaian Geran Komuniti Penduduk 1 Malaysia Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Tapak Ekspo Terengganu 2018, Perkarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus.
Turut hadir dalam majlis itu Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, Surayati Ibrahim, Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Terengganu, Mohd Mufsi Lat.
Sementara itu, Mufsi menyeru agar lebih ramai komuniti di Terengganu memohon geran tersebut bagi menambah baik kemudahan serta membaik pulih tahap serta sistem keselamatan di kampung masing-masing.
Katanya, pihaknya terpaksa memulangkan kembali sebanyak RM130,000 kepada Kerajaan Pusat pada tahun lalu kerana komuniti dan masyarakat tidak menyedari tentang kewujudan geran itu.
“Tahun lalu hanya 18 daripada 22 persatuan komuniti yang berdaftar memohon geran membabitkan perbelanjaan sebanyak RM170,00.
"Pada tahun ini sebanyak 48 komuniti sudah berdaftar dan daripada RM400,000 yang diperuntukkan, sebanyak RM100,000 geran sudah diagihkan kepada 10 komuniti,” katanya yang ditemui selepas majlis tersebut. - teganukite.net
Related Posts:
Chicken Cottage Buka Cawangan Baharu di Lembah Klang Ahmad Razif mencuba sajian Chicken Cottage semasa merasmikan cawangan baharu Chicken Cottage di Lembah Klang. Foto Oleh: Tengku Syamim Tengku Ismail Restoran makanan segera, Chicken Cottage, memperluaskan rangkaiannya deng… Read More
Jadikan Kisah Wanita Turki, Merve Sebagai Iktibar - Ahmad Razif Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman membawa hadirin menghayati kisah duta wanita Turki yang bertudung, Merve Kavakci yang juga Ahli Parlimen Turki diusir dari parlimen kerana bertudung pada 1999. Wanita … Read More
Terengganu Diiktiraf Pusat Sukan Berbasikal Negara Khairy bersama Ahmad Razif berbasikal menuju ke tapak Veledrom Azizulhasni Awang.Foto Tg Syamim Tg Ismail Terengganu diiktiraf sebagai Pusat Sukan Berbasikal Negara berdasarkan pencapaian cemerlang atlet berbasikal kelahi… Read More
Permohonan Dana Aidilfitri 1 April Hingga 30 April 2018 Permohonan Bantuan Dana Perayaan Aidilfitri 2018 bagi rakyat negeri ini dibuka selama sebulan, bermula hari ini (1 April) sehingga 30 April 2018. Permohonan secara atas talian itu diwajibkan kepada pemohon … Read More
Dana Raya Untuk Semua Yang Layak, Tak Kira Parti- Ahmad Razif Pengerusi Jawatakuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K) diingatkan lebih telus dalam pengagihan bantuan Dana Raya kepada semua pemohon yang layak tanpa mengira parti politik. Permohonan bantuan akan dibuka s… Read More