Monday, 5 March 2018

Ahmad Razif melancarkan Buku Beautiful Terengganu. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail 
Buku Beautiful Terengganu yang akan menjadi panduan dan rujukan khas kepada komuniti setempat dan pelancong luar negara  bakal diterjemahkan ke dalam tujuh bahasa iaitu Melayu, Inggeris, Cina, Arab, Korea, Jepun dan Jerman.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, terjemahan itu mengikut fokus promosi pelancongan negeri dan penterjemahan dalam bahasa Jerman sedang dilaksanakan dengan kerjasama Universiti Frankfurt.

"Buat permulaan buku yang diterbitkan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) ini adalah dalam bahasa Malaysia dan Inggeris. Selepas ini kita cadang terjemah ke bahasa Cina pula kerana pelancong dari China ramai datang ke sini," katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Buku Beautiful Terengganu dan Tourism Friends di Dataran Shahbandar, Ekspo Terengganu 2018 di Pekarangan Kompleks Sukan Terengganu Gong Badak, Kuala Nerus, hari ini.

Buku cetusan idea dan diilhamkan sendiri oleh Ahmad Razif itu menonjolkan keunikan Terengganu terutama pulau, warisan dan makanan traditional dan ia menjadi cenderahati khas berkonsepkan "buku coffetable" di peringkat lokal dan global.

Buku Beautiful Terengganu digarap oleh Pengarah Penerbit UMT, Dato’ Prof Madya Dr Noraien Mansor bertujuan membantu perhebatkan promosi serta galakan pelancongan kerajaan negeri.

Penerbitan buku Beautiful Terengganu turut mendapat kerjasama dari Pejabat Pelancongan Terengganu yang memberi input-input penting untuk dimuatkan dalam buku ini. 


Related Posts:

  • Jemaah Haji Terengganu Catat Peningkatan Ahmad Samsuri bermesra dengan sebilangan jemaah haji. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail. Terengganu mencatatkan peningkatan bilangan umat Islam yang berpeluang mengerjakan ibadah haji pada saban tahun di mana mencapai 2,739… Read More
  • Golongan Berpendapatan Rendah Mula Nikmati Bekalan Air Percuma Kira-kira 6,000 penerima terdiri daripada golongan miskin dan berpendapatan rendah di negeri ini telah memperoleh manfaat menerusi pemberian air percuma oleh kerajaan negeri bermula bulan ini. Pengerusi Jawatankuasa I… Read More
  • Sultan Mizan Imarah Masjid Bukit Payung Sultan Mizan berkenan menyampaikan duit raya dan bersalaman dengan jemaah kanak-kanan sejurus selesai menunaikan solat Jumaat. Foto oleh Abu Ubaidah Mohd Noor Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berangkat menun… Read More
  • Pelawa Orang Bukan Islam Sertai Perkahwinan Perdana Ahmad Samsuri menyampaikan Sijil Simpanan Premium kepada pasangan pengantin. Foto Harish Fadzillah Kasim Kerajaan negeri  mempelawa pasangan bukan Islam dan Orang Asli di Terengganu menyertai Perkahwinan Perdana bertu… Read More
  • Yahaya Speaker DUN Terengganu Yahaya mengangkat sumpah sebagai Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pada Mesyuarat Pertama bagi Penggal Persidangan Pertama DUN Yang Ke-14, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu. Foto oleh Tengku Syamim Te… Read More

Demi Masa

AHAD, 16 Mac 2018
10:15 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74667
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan