Tuesday, 6 March 2018

Antara produk yang telah dihasilkan di bawah program ADAPT. Foto oleh Zulkifli CW Putra.

'Advanced Technology Entrepreneur Development Programme' (ADAPT) anjuran MARA memberi peluang supaya produk yang dihasilkan oleh usahawan mempunyai pembungkusan menarik dan boleh dipasarkan sehingga ke luar negara.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan, Nawi Mohamad berkata program tersebut juga menggunakan peruntukan yang disediakan oleh MARA.

Katanya, pelancaran produk baru iaitu Keropok Segera Ayam yang turut berada di bawah program ADAPT itu.

"Keropok itu merupakan keropok ayam pertama di Malaysia yang tiada perasa dan bahan pengawet yang mana diusahakan oleh Sinku Food Industries Sdn Bhd dan di formulasasikan oleh MARDI.

"Ini adalah produk baru namun demikian, MARA akan mempromosikan keropok ayam itu. Keropok ayam ini mungkin akan dibawa ke Dubai dalam masa terdekat," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Perasmian Seminar Pemantapan Usahawan dan Pelancaran 'My Best Product' di Hotel Permai, Kuala Terengganu hari ini.

Turut hadir, Pengarah Bahagian Pembangunan Usahawan MARA, Abdul Aziz Hassan, Pengarah MARA Terengganu, Mohd Azli Sobi, Pengarah MARDI Terengganu, Fadzlirahimi Ismail dan Pengarah Sirim Terengganu & Kelantan, Nor Azman Hassan.

Sementara itu, Pengarah Urusan Sinku Food Industries Sdn Bhd, Zaleha Mohamad berkata, snek yang pertama seumpamanya di Malaysia itu menawarkan kelainan kepada orang ramai dengan menggunakan 100 peratus isi ayam segar serta tidak mengandungi sebarang perisa atau pewarna tiruan.

Katanya, dengan pembaharuan itu secara tidak langsung dapat melebarkan sayap perniagaan syarikat yang sebelum ini hanya tertumpu di sektor makanan dan minuman (F&B) menerusi jualan keropok lekor di 43 outlet yang terdapat di rangkaian pasar raya seluruh Malaysia.

"Keropok Segera Ayam yang diformulasi oleh MARDI menerusi kerjasama dengan MARA ini dihasilkan dengan tiga variasi bentuk iaitu bulat, pop corn dan empat segi.

"Ia dijangka dipasarkan di seluruh outlet Leko-Leko dengan harga antara RM2 hingga RM4 bagi size 40 dan 70 gram," katanya. - teganukite.net

Related Posts:

  • RM452 Juta Untuk Biayai 36,022 Usahawan IKS Zubir merasmikan Majlis Anugerah Usahawan Terengganu 2018. Tengku Syamim Tengku Ismail  Sejumlah RM452  juta pembiayaan perniagaan diperuntukkan kepada 36,022  usahawan Industri Kecil dan Se… Read More
  • EKSPO TERENGGANU 2018: Duyong Marina & Resort Tawar Perkhidmatan Ukiran Ais Duyong Marina & Resort, Kuala Terengganu menyediakan perkhidmatan ukiran ais bagi pelbagai majlis keramaian, satu perkhidmatan yang sukar ditemui di Terengganu.Pengurus Operasinya, Sham Fadzli Yusof berkata, dengan taw… Read More
  • Sate Jabi Sejuk Beku Untuk Pasaran Lebih Luas Ahmad Razif mengagihkan sumbangan kepada Kelab Ibu Tunggal. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail  Kerajaan negeri menggesa pengusaha sate di negeri ini terutama di Jabi, Besut mengeluarkan produk secara sejuk beku su… Read More
  • Durian Malaysia Capai Piawaian Antarabangsa Shabery meninjau Tapak Pasar Tani Kekal (PTK) di Pekan Kerteh, Kemaman. Buah durian negara ini yang dieksport ke luar negara diperakui mencapai piawaian pemasaran antarabangsa yang ditetapkan dan bukannya durian pramatang.… Read More
  • Kewangan Negara Kukuh Berita oleh: Izzuan AhmadKedudukan kewangan negara yang agak kukuh menjadi bukti kerajaan dapat melaksanakan pelbagai  projek pembangunan di negara ini tanpa memohon pinjaman daripada pihak lain, kata Ketua Setiausaha … Read More

Demi Masa

SELASA, 18 Mac 2018
5:11 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74698
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan