Tuesday, 6 March 2018
Aksi dan kelibat sekumpulan yang mengenakan kostum badut, `Predator' dan `Spiderman' di Ekspo Terengganu 2018, di pekarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu sentiasa mencuri tumpuan ramai terutama di kalangan kanak-kanak.
Mereka kelihatan ceria melayani semua pengunjung yang mahu bergambar bersama dengan menggayakan pelbagai aksi walaupun terpaksa berada di bawah panas terik matahari.
Bagi Rosli Ariffin, 31, dari Kampung Rhu Muda, Marang, yang mengenakan kostum watak Predator, filem yang popular pada 2010 itu berkata, walaupun kostumnya kelihatan menakutkan namun tetap menjadi perhatian dan tarikan ramai untuk bergambar sebagai kenangan sempena program terbesar negeri berkenaan.
"Saya satu-satunya `Predator' yang aktif dari Terengganu dan baru sahaja sertai kumpulan badut ini. Mereka bermula sejak 25 Februari lagi, saya baru di sini sejak dua hari lalu. Selepas ini mungkin akan bekerjasama dengan mereka untuk bergerak bersama-sama jika ada jemputan kami untuk menghimburkan semua.
"Lazimnya kami ambil masa dua jam bergerak dn menghiburkan semua di tapak ekspo ini untuk setiap dua sesi siang dan juga malam. Tidak boleh lebih dari tempoh masa itu, sebab kami perlu rehat dan mencari tenaga sebelum memulakan tugas semula. Maklumlah kostum Predator dan Spiderman ini agak merimaskan kerana menutup keseluruhan badan termasuk muka,"katanya ketika ditemui di tapak ekspo, hari ini.
Menurutnya lagi, bahagian kepalanya juga berat seperti memakai satu biji setengah helmet dan tidak mampu bertahan lama.
Dia yang memiliki pekerjaan tetap lain, berkata pekerjaan itu bermula dari suka-suka dan hanya untuk hiburan sebelum bertukar menjadi pekerjaan sambilan serta mampu menambah pendapatan keluarga.
Sementara itu, satu-satunya badut wanita, Rahimah Ali, 24, berasal dari Sabah dan kini menetap di Kuala Ibai, Kuala Terengganu, berkata selain di tapak ekspo itu, dia bersama lima lagi rakan badut yang lain sentiasa aktif menghiburkan orang ramai sebagai tarikan orang ramai ke sesuatu program dan acara seperti majlis hari jadi, ulang tahun perkahwinan, program kebajikan di hospital dan pelbagai pesta.
Dia yang berkhidmat dengan syarikat pengurusan acara, Big Job Entertainment di Jalan Kamarudin, Kuala Terengganu, mempunyai pengalaman 10 tahun di bidang itu berkata, pekerjaan berkenaan mampu memberi pendapatan dari RM300 hingga RM400 seorang untuk sehari atau RM50 hingga RM100 setiap jam, bergantung permintaan pelanggan.
"Kehadiran kami sentiasa menarik perhatian ramai. Setakat ini kami gembira dengan pekerjaan kami kerana dapat menceriakan orang ramai dan mereka terhibur dengan aksi kami.
"Kami memang berminat dengan bidang ini dan sentiasa sabar melayan kerenah orang ramai, selain ikhlas menghiburkan mereka,"katanya yang turut dikenali dengan panggilan `Papa Elli'. - teganukita.net
Related Posts:
Jalan LTSM Ke Pusat Bandar Bakal Siap Pertengahan 2019 Ahmad Razif mengawal jengkaut sebagai gimik dalam majlis pecah tanah di Seberang Takir, Kuala Nerus. Foto oleh Zulkifli CW Putra. Projek jalan 'corniche' dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud ke Pusat Bandaraya Kuala Tere… Read More
Puspanita Terengganu Lancar Tabung Prihatin To' Puan Seri Halina Zakaria merasmikan Tabung Prihatin Puspanita. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail. Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) Cawangan Negeri Terengganu melancarkan T… Read More
Hospital Kemaman Baharu Siap 2021 Hospital Kemaman baharu yang bernilai RM420 juta dijangka siap pada 19 Disember 2021 bakal menyediakan kemudahan perkhidmatan kesihatan terbaik kepada rakyat di daerah ini sekali gus mempengaruhi mutu perkhidmatan kesihat… Read More
2,400 Polis Terengganu Dikerah Pada PRU14 YB Dato' Seri Jailani Johari (tengah) Bersama Anggota & KP PDRM Terengganu Dalam Simulasi PRU di Kuala Berang Water Front, Hulu Terengganu Seramai 2,400 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan dikerah dan be… Read More
Bas Amfibia Menuju Ke Terengganu Akhirnya Bas Amfibia atau bas dua alam sampai dengan selamat di Malaysia dan difahamkan kini berada di Pelabuhan Klang.Bas yang menjadi antara modal politik pembangkang, perlu melalui beberapa proses pemeriksaan tekn… Read More