Sunday, 20 November 2016


KUALA TERENGGANU: Kira-kira 30 orang termasuk kanak-kanak dan dewasa cedera selepas belon berisi gas dipercayai meletup pada pukul 11.30 pagi di Dataran Batu Burok di sini.


Letupan belon gas tersebut dikatakan berlaku akibat tindakan seorang petugas program 'Walk For The Blind' yang cuba membuka ikatan belon yang terbelit dengan menggunakan pemetik api.



Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Idris Abd Rafar berkata kebanyakan mangsa cedera di muka, tangan serta kepala.



"Kesemua mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk menerima rawatan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.



Menurutnya polis telah menerima laporan kejadian dan masih menjalankan siasatan mengenai punca sebenar kejadian.

"Kejadian tersebut berlaku sewaktu program sempena Hari Penglihatan Sedunia yang dianjurkan Jabatan Kesihatan Terengganu...kita masih menyiasat punca kejadian," katanya. - BERNAMA

Related Posts:

  • PRU14 : BN Terengganu Tampil Calon Boleh Menang Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail Barisan Nasional (BN) Terengganu hari ini mengumumkan senarai calon yang akan bertanding di  lapan kerusi Parlimen dan 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pada Pil… Read More
  • Kerajaan Negeri Terima RM57.1 Juta Dari UniSZA Pengerusi Lembaga Pengarah UniSZA, Dato’ Prof. Emeritus Dr. Kamarudin Hussin telah menyempurnakan penyerahan ‘Mock Cheque’ RM57.1 Juta kepada Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman di TH Hotel, hari ini Kerajaan … Read More
  • Mobilepreneur@KKLW Bantu Belia Luar Bandar Kembang Perniagaan Ahmad Razif bersama sebahagian 257 penerima Mobilepreneur pada Majlis Penyerahan  Mobilepreneur@KKLW peringkat Negeri Terengganu di Dataran Permata Seberang Takir, Kuala Nerus, hari ini. Foto oleh: Harish Fadzillah Abu… Read More
  • Hab Digital Terengganu Dibuka Mulai 1 Mei Mohd Serigar mencuba kemudahan yang terdapat di TD 1303. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail Kerajaan negeri memperkenalkan Hab Digital Terengganu, TD1303 bagi membolehkan rakyat terutama golongan muda di negeri  in… Read More
  • Kewangan Negara Kukuh Berita oleh: Izzuan AhmadKedudukan kewangan negara yang agak kukuh menjadi bukti kerajaan dapat melaksanakan pelbagai  projek pembangunan di negara ini tanpa memohon pinjaman daripada pihak lain, kata Ketua Setiausaha … Read More

Demi Masa

SELASA, 18 Mac 2018
3:31 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74698
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan