Sultan Mizan berkenan menyempurnakan gimik perasmian 'Boardwalk Setiu' diiringi oleh Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.
Sultan Terenganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat merasmikan Majlis Pelancaran Boardwalk Setiu di Pengkalan Gelap, Setiu, hari ini.
Keberangkatan baginda diiringi Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail. Turut hadir ke majlis tersebut, ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri; Pegawai Daerah Setiu, Rosdi bin Awang, Pengerusi Petronas, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan DiRaja Sultan Mizan, Dato’ Prof. Emeritus Dr. Makhdzir Mardan dan Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu, Profesor Dato’ Dr. Nor Aieni Mohktar.
Selepas merasmikan Boardwalk Setiu, Tuanku Mizan dipersembahkan dengan tayangan video Tanah Bencah Setiu dan turut berkenan menanam pokok 'Berus Mata Buaya' di situ.
Tuanku Mizan juga sempat mengadakan lawatan ke Boardwalk Setiu yang turut diiringi oleh Ahmad Razif
Dalam majlis yang sama, Tuanku Mizan turut berkenan merasmikan pelancaran buku 'Birds of Terengganu' yang ditulis oleh Anuar McAfee. - teganukite.net
|
Tuesday, 13 February 2018
Related Posts:
PRU14: Bazlan Selesai Buang Undi Jam 10.15 Pagi Bazlan bersama isteri buang undi jam 10.15 pagi Calon Barisan Nasional, Bazlan Abd Rahman bersama isteri, Siti Zaimah Mahmud hadir membuang undi di Sekolah Kebangsaan Batu Rakit kira- kira jam 10.15 pagi ini.Dewan Undangan… Read More
Pusat Rehabilitasi Sukan Terengganu Terulung Pantai Timur Bakal Beroperasi Ahmad Razif meninjau alatan Lokomat Pro & Huber V6 Model yang tersedia di Pusat Rehabilitasi Sukan Terengganu di Hotel Permai. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail Pusat rehabilitasi yang efisien dan terulung di Pa… Read More
PRU14: Pengundi Dinasihat Keluar Awal Esok Ahmad Razif turut sama memotong ayam di sebuah gerai semasa menghadiri program Jualan Sentuhan Rakyat di Dataran Permata, Seberang Takir, hari ini. Foto Oleh: Harish Fadzillah Abu Kasim Pengundi di negeri ini dinasihatkan … Read More
PRU14: MB, Isteri Tunai Kewajipan Buang Undi Ahmad Razif ketika melakukan proses calitan menggunakan dakwat kekal sebelum membuang undi. Foto Oleh: Harish Fadzillah Abu Kasim Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman hadir membuang undi sempena Pilihan Raya Um… Read More
PRU14 : Dato' Ku Selesai Buang Undi Calon Barisan Nasional (BN) N23 Kuala Berang, Dato' Tengku Putera Tengku Awang dan isterinya, To' Puan Halijah Ali tiba di Sekolah Kebangsaan Kuala Berang , kira-kira pukul 8.15 pagi tadi bagi menunaikan tanggungjawab membu… Read More