Sunday, 4 February 2018

Peserta KT City Fun Run 2018 bergambar bersama Menteri Besar sebelum memulakan larian sejauh empat kilometer di Pulau Warisan, kuala Terengganu, hari ini. Foto oleh Zulkipli Putra

Program beriadah, KT City Fun Run 2018  mencapai konsep ketiga dalam Transformasi Terengganu Baharu (TTB) iaitu keluarga bahagia serta penyatuan bangsa supaya kekal harmoni sampai bila-bila, kata Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman.

Menurutnya, program yang berkonsepkan riadah bersama keluarga serta dapat mengeratkan hubungan antara satu sama lain.


"Selain menjadi gelombang kepada sektor pelancongan, program ini juga dapat mengeratkan hubungan rakan-rakan kerana mereka di sini juga sebagai tempat untuk bersosial.

"Yang paling seronok kita dapat lihat berlaku penyatuan, tidak kira bangsa dan agama, mereka dapat bersama.  Inilah kerajaan Barisan Nasional (BN) yang ingin mempastikan kehidupan yang harmoni yang kita perjuangkan sejak dulu, kini dan selamanya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika merasmikan Program KT City Fun Run 2018 di Pulau Warisan, Kuala Terengganu, hari ini.

Turut hadir, isteri Menteri Besar, To' Puan Seri Halina Zakaria.


Seramai 4,000 peserta mengambil bahagian berlari mengelilingi  Bandaraya Kuala Terengganu sejauh empat kilometer.

Peserta turut berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah yang turut menawarkan hadiah utama sebuah motosikal. - teganukite.net

Related Posts:

  • 50,000 Peserta Bakal Sertai LAJSM Sabtu Ini Seramai 50,000 peserta dari dalam dan luar negara bakal menyertai Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 2017 Sabtu ini. Presiden Persatuan Olahraga Amatur Terengganu, Dato’ Wan Hisham Bin Wan Salleh berkat… Read More
  • Pengamal Media Terengganu Bakal Tawan Gunung Latimojong, Indonesia Sebahagian dari pendaki yang akan memulakan pendakian ke Gunung Latimojong, Sulawesi Selatan pada 3 Oktober nanti. Seramai 20 pendaki termasuk pengamal media Terengganu bakal menawan puncak Rante Mario, Gunung Latimojon… Read More
  • Cabaran Cuaca Sejuk Bukan Halangan LAJSM 2017 Acara tahunan Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 2017 yang kali pertama diadakan bermula tengah malam semalam nyata memberi cabaran kepada pelari tanah air dan luar negara.Walaupun cuaca sejuk dan hujan ket… Read More
  • Sukan 7S1M1S Cungkil Bakat Pelajar SK Taman Bukit Dahlia yang mewakili Johor menjadi juara kejohanan Bola Sepak Tujuh Sebelah Satu Murid Satu Sukan (7S1M1S)  Kesungguhan Yayasan Bank Rakyat (YBR) menganjurkan kejohanan Bola Sepak Tujuh Sebelah Satu Mur… Read More
  • LAJSM 2017 Catat Kejayaan Tersendiri Peserta LAJSM 2017 mengambil kesempatan bergambar dengan pemimpin nombor satu Terengganu, Dato, Seri Ahmad Razif Abd Rahman di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim Larian Antarabangsa Jamb… Read More

Demi Masa

ISNIN, 17 Mac 2018
10:48 PM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74693
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan