Sunday, 4 February 2018

Ahmad Razif mengawal jengkaut sebagai gimik dalam majlis pecah tanah di Seberang Takir, Kuala Nerus. Foto oleh Zulkifli CW Putra.

Projek jalan 'corniche' dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud ke Pusat Bandaraya Kuala Terengganu (KTCC) sepanjang 6.8 kilometer bakal memberi impak positif kepada rakyat Terengganu.

Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, projek tersebut yang dibahagikan kepada dua fasa menelan belanja RM60 juta dan dijangka akan siap sepenuhnya pertengahan tahun hadapan.

Katanya, untuk permulaan bagi fasa pertama, projek ini akan melibatkan kos sebanyak RM30 juta.

"Fasa pertama akan bermula dari hujung tanjung sehingga ke Teluk Ketapang dan diikuti dengan fasa kedua yang sekarang ini dalam peringkat reka bentuk untuk diteruskan sehingga ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud.

"Kita jangkakan keseluruhan jalan  'cornish" ini akan selesai menjelang pertengahan 2019. Untuk fasa pertama kita jangka siap pada Ogos tahun ini. Manakala jambatan angkat kita jangkakan siap hujung tahun ini," katanya.


Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Bagi Pelaksanaan Projek Jalan Dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud Ke Kuala Terengganu City Centre (KTCC) di Seberang Takir, Kuala Nerus, hari ini.

Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato' Mohd Zubir Embong; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) Dato’ Seri Jebasingam Issace John.

Ahmad Razif, bagi projek tersebut, ianya tidak melibatkan sebarang pengambil alihan tanah penduduk setempat.

"Kawasan-kawasan yang ada rumah, kita akan alihkan (laluan), maknanya kita akan elak.

"Jadi, kita akan buat tambakan di kawasan laut dan pembinaan benteng. Jadi pengambil alihan tanah tidak terlibat," katanya. 


Related Posts:

  • RU14 : Sentuhan Blok Felda Bukti Peneroka Sepakat Oleh : Ezzuan AhmadPeneroka Felda harus mengingati kembali perit jerih mereka dalam membangunkan Felda sehingga dikenali sehingga ke mata dunia.Calon BN Paka, Tengku Hamzah Tengku Deraman berkata, kejayaan Felda pada masa s… Read More
  • PRU14 : Calon Parlimen Dungun Temui Mangsa Kebakaran  Din Adam ketika bertemu mangsa kebakaran dalam lawatannya hari ini Oleh : Ezzuan AhmadCalon Barisan Nasional (BN) Parlimen Dungun, Dato' Din Adam hari ini menyampaikan bantuan kepada mangsa kebakaran di Kampung Sura … Read More
  • Insentif Khas Kepada Pengawal Keselamatan Kerajaan negeri mencadangkan agar Kementerian Dalam Negeri menyediakan insentif khas kepada pengawal keselamatan di seluruh negara. Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif berkata, golongan ini perlu diberi perhatian mem… Read More
  • PRU14: BN Yakin Rampas Kembali Kuala Nerus Pengerusi Badan Nasional (BN) Negeri, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman yakin BN akan menang di semua kerusi DUN dan Parlimen di Kuala Nerus pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti. Menteri Besar Terengganu itu berk… Read More
  • PRU14: Pertembungan Tiga Penjuru Di Kuala Nerus Calon BN Kuala Nerus. Foto Oleh: Harish Fadzillah Abu Kasim Kerusi Parlimen Kuala Nerus dan empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam kawasan itu bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Barisan Nasional (BN… Read More

Demi Masa

ISNIN, 17 Mac 2018
11:32 PM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74693
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan