Tuesday, 20 February 2018

Jailani menyampaikan cek sumbangan Bakti kepada Azmi di rumahnya di Taman Ajil Perdana baru-baru ini.


Hulu Terengganu: Umar Al Rasyidin Mohd Azmi, sembilan bulan terpaksa bergantung sepenuhnya kepada tiub yang ditebuk pada perut untuk minum susu kerana saluran makanannya tidak bersambung ketika lahir (Tracheo-Esophageal Fisrula Type c).

Si kecil yang kelihatan aktif juga menghadapi masalah saluran pernafasan (Chronic lung disease) sejak lahir dan terbaharu  masalah bengkak buah pinggang yang berjaya dikesan oleh doktor pakar yang merawatnya.

Siti Nur Fatimah Abd Ghani ,36, seorang suri rumah sepenuh masa berkata adakalanya sedih melihat keadaan anaknya itu namun tidak mempunyai pilihan lain.

"Sebagai ibu....siapa yang tidak sedih melihat keadaan anak yang terpaksa memakai tiub sepanjang masa di perut tapi memang keperluan Umar untuk bantu dia minum susu dan ubat-ubatannya.

"Susu pun pakai susu khas RM500 hingga RM600 sebulan termasuk sebuah mesin oksigen yang dibeli untuk menyedut kahak membolehkan dia bernafas dengan baik,” katanya lagi kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Taman Ajil Perdana, semalam.

Suaminya, Mohd Azmi Mohd Ghani 36, yang bekerja sebagai pembantu makmal Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Diman, Ajil berkata anak bungsu dari empat beradik itu telah melakukan dua kali pembedahan sejak tahun lepas untuk menyambung saluran makanannya.

"Kos pembedahan yang lepas menggunakan surat jaminan (GL) jadi memang kuranglah sikit beban kami suami isteri...kalau kerajaan tak bantu tentu kami terpaksa mencari kewangan lain, gaji saya cuma RM 1,400 je, tak cukup dan memang kami berterima kasih sangat kepada semua pihak yang terlibat dalam memberi bantuan.

"Untuk kos suntikan vaksin yang melibatkan empat kali sebanyak RM18,000 pula saya ada memohon dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi membantu dan sehingga sekarang dalam proses menunggu jawapan..harap tiada masalah pasal permohonan ini," katanya lagi.

Sementara itu,Ahli Parlimen Hulu Terengganu,  Dato' Seri Jailani Johari berkata, pihaknya akan melihat apakah keperluan serta bantuan  yang boleh diberikan kepada Umar bagi meringankan beban ibu bapanya.

"Kita lihat dan kaji, mungkin kita akan bantu dalam percepatkan surat kelulusan daripada JPA dan ini saya akan berurusan dengan pihak yang berkaitan, " ujarnya.

Jailani berkata demikian ketika menyampaikan cek sumbangan Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI)  bernilai RM2,000 kepada keluarga berkenaan sempena program ziarah kasih Ahli Parlimen. - teganukite.net

Related Posts:

  • RM331 Ribu Dana PROM Paka Oleh:Ezzuan AhmadSeramai 1,656 wakil penerima dana bantuan Perantau Orang Muda ( PROM ), kerajaan negeri  menerima bantuan dana tersebut hari ini. Majlis pemberian dana tersebut diadakan di Dewan Sivik Paka meliba… Read More
  • PRU14 : Manifesto BN Penuhi Kehendak Rakyat Johari Berita dan gambar oleh : Ezzuan AhmadManifesto tambahan yang diumumkan oleh Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Terengganu, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman, baru-baru ini dilihat sebagai satu manifesto yang mam… Read More
  • PRU14 : Calon Parlimen Dungun Temui Mangsa Kebakaran  Din Adam ketika bertemu mangsa kebakaran dalam lawatannya hari ini Oleh : Ezzuan AhmadCalon Barisan Nasional (BN) Parlimen Dungun, Dato' Din Adam hari ini menyampaikan bantuan kepada mangsa kebakaran di Kampung Sura … Read More
  • PPAT Anjur Program Jom Baca 10 Minit Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) akan menganjurkan Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit Peringkat Negeri tepat jam 11 pagi, hari ini. Pengarah PPAT, Marzialina Mohamed berkata, semua individu, pejabat… Read More
  • Kerajaan BN Tidak Jemu Bantu Tabika Kemas Halina memerhati dua kanak-kanak Tabika Kemas menyertai Pertandingan Mari Bersolek. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail Kerajaan sentiasa memberi perhatian kepada Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) Kemas dengan menyalurk… Read More

Demi Masa

ISNIN, 17 Mac 2018
2:22 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74677
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan