Sunday, 22 October 2017


Jawatankuasa Pembangunan Orang Asli Sungai Berua, Hulu Terengganu akan menjadi satu pertubuhan yang bergerak aktif bagi mengubah kehidupan Orang Asli ke arah yang lebih baik dan tersusun.

Pegawai Daerah Hulu Terengganu, Azmi Razik berkata, sebagai pengerusi jawatankuasa tersebut, beliau akan melakukan sebaik mungkin untuk mengubah mentaliti serta cara hidup mereka setanding dengan Orang Asli di tempat yang lain.

Jelasnya antara yang terlibat dalam jawatankuasa tersebut adalah Pejabat Daerah Hulu Terengganu, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA),Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

"Jika dibandingkan dengan masyarakat Orang Asli di Kuala Lipis, Pahang, mereka lebih ke hadapan dari segi kebersihan, pendidikan dan corak kehidupan seharian..dan ini adalah pilihan mereka sendiri.

"Apa yang kita lihat di sini (Orang Asli Sungai Berua),mereka jauh ketinggalan terutama dari segi kebersihan dan kerohanian maka penubuhan jawatankuasa ini diharap dapat mengubah sikap mereka agar mereka dapat menjalani kehidupan yang lebih baik.

"Kita sudah berbincang termasuk mengadakan mesyuarat bagi memperbaiki kehidupan mereka dengan melakukan beberapa penekanan tertentu termasuk memperbaiki sosio ekonomi mereka,"katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan perasmian Program Jaringan Komuniti Tautan Kasih Bersama Orang Asli Sungai Berua, baru-baru ini.

Program tersebut merupakan anjuran bersama Institut Penyelidikan Kenyir, Universiti Malaysia Terengganu(UMT), Pejabat Daerah Hulu Terengganu dan Jabatan Kemajuan Orang Asli bagi mengadakan pelbagai aktiviti bagi merapatkan jurang golongan itu mereka dengan masyarakat luar.

Tambahnya lagi,penubuhan jawatankuasa ini juga akan membantu para penyelidik mengumpul pelbagai maklumat untuk kajian-kajian mengenai masyarakat Orang Asli yang dijalankan oleh mereka. - teganukite.net

Related Posts:

  • Banjir : Makin Pulih Keadaan banjir di Terengganu semakin pulih dengan tahap sungai utama semakin surut dan kembali kepada paras normal. Bagaimanapun, kesan bencana itu mengakibatkan banyak kawasan yang terjejas teruk terutama ladang dan … Read More
  • Banjir : Tubuh Jawatankuasa Pembersihan Tandas Di Pusat Pemindahan Banjir Jawatankuasa pembersihan tandas di semua pusat pemindahan banjir akan ditubuhkan bagi memberi keselesaan kepada mangsa banjir terutama mereka yang uzur dan warga emas. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Sh… Read More
  • Banjir : PM Lawat Mangsa Banjir Di SK Banggol Peradong Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak melawat mangsa banjir di Pusat Pemindahan Banjir Sekolah Kebangsaan (SK) Banggol Peradong, Manir, hari ini. Dalam lawatan tersebut, Mohd Najib yang tiba kira-kira j… Read More
  • Banjir : Teruja Dikunjungi Pemimpin Nombor Satu Kehadiran Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak di pusat pemindahan banjir Sekolah Kebangsaan Bukit Guntong, Kuala Nerus hari ini membawa keceriaan kepada 422 mangsa daripada 96 keluarga yang menumpang sementara… Read More
  • Banjir : Empat Sekolah Masih Ditutup Esok Empat sekolah masih ditutup sesi persekolahan esok, disebabkan banjir yang masih melanda di beberapa daerah khususnya Setiu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu.Sekolah yang ditutup adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Las k… Read More

Demi Masa

AHAD, 20 Julai 2018
1:28 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan