Tuesday, 30 January 2018

Azaman ( kiri)bercerita tentang perasaan mereka sekeluarga apabila rumahnya dipilih  untuk baik pulih kepada Jailani 

Kegembiraan jelas terpancar pada wajah seorang suami dan bapa, Azaman Said, 51, daripada Kampung Landas, Ajil apabila hasrat untuk mendiami rumah yang lebih sempurna pada kali ini menjadi realiti.

Impian bapa kepada empat anak lelaki untuk memiliki kediaman yang lebih selesa tercapai selepas dipilih menerima bantuan baik pulih rumah bernilai RM10,000 melalui Program NBOS-CTU Penyelenggaraan Rumah & Bantuan Insan Terpilih Parlimen Hulu Terengganu.

Menurut Azaman, apabila dimaklumkan rumahnya merupakan antara 40 yang terpilih, dia dan isteri Noraini Ali @ Harun seorang surirumah sepenuh masa bagaikan bermimpi dan bersyukur doa mereka sekeluarga selama ini telah dimakbulkan Allah SWT.

Sebagai seorang ketua keluarga, Azaman berkata,  dia tidak mampu untuk membaik pulih rumah pusaka peninggalan orang tuanya kerana pekerjaan sebagai pemandu lori yang tidak tetap dan sentiasa bertukar majikan ditambah pula terpaksa bergantung kepada keadaan cuaca untuk bergerak.

Dengan hanya purata  RM1,300 sebulan, pendapatan yang tidak seberapa inilah dia menggunakan bagi menyara keluarga termasuk belanja persekolahan empat orang anak yang berusia lingkungan 18 hingga 21 tahun.

"Saya tidak menyangka kami sekeluarga terpilih untuk projek baik pulih parlimen Hulu Terengganu pada kali ini...kami gembira dengan bantuan ini kerana saya sebagai ketua keluarga memang lah rasa sedih sebab tidak mampu membaiki rumah kayu lama yang diwarisi hampir 20 tahun lalu kerana mempunyai pendapatan yang tidak menentu,"ujarnya.


Katanya, setiap kali dia memandang keadaan rumahnya yang daif, dia akan mengenang nasib isteri dan anak-anaknya untuk berteduh jika rumah tersebut makin teruk kerosakannya.

"Rumah pusaka arwah mak dan ayah yang berusia hampir 50 tahun memang uzur dengan dinding yang reput akibat dimakan anai-anai dan pintu pula banyak dah rosak...seingat saya tak pernah tukar sejak ia dibina dahulu.

"Namun kini kami sekeluarga boleh tinggal dengan selesa dengan rumah baharu ini dalam masa tiga hari dibaikpulih secara gotong-royong  sahaja dan kami bakal meraikan dua perayaan dalam suasana yang lebih ceria..berpuasa di bulan Ramadan dan Aidilfitri nanti.

"Hanya ucapan terima kasih yang mampu saya berikan terutama kepada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K ) Mohamad Abdullah yang terlalu banyak membantu termasuk memberi peluang baik pulih rumah untuk kami sekeluarga.

Katanya, kecaknaan pemimpin setempat sukar diungkapkan dengan kata-kata kerana sentiasa mengambil berat penduduk setempat.

"Keprihatinan wakil rakyat Ajil, Cikgu Ghazali Taib cukup saya sanjungi dan akan saya kenang sampai akhir hayat..buat Ahli Parlimen, Dato' Seri Jailani Johari yang menyalurkan peruntukannya melalui program ini.

"Ini membuktikan rakyat sentiasa didahulukan dan bagi saya sememangnya Kerajaan Barisan Nasional telah membuktikan  kepimpinan terbaik dalam membela rakyat dalam semua aspek," katanya. - teganukite.net

Related Posts:

  • PRU14 : Mohamed Nafi Dakwaan Sabotaj Parti Mohamed ketika menjelaskan isu mengenai dakwaan terhadap beliau kepada media. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail. Calon Barisan Nasional (BN) Chukai, Dato’ Mohamed Awang Tera tampil untuk membersihkan namanya yang did… Read More
  • PRU14: UniSZA Beri Pelepasan Cuti Khas Dua Hari Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) memberi pelepasan khas kepada pelajar selama dua hari pada 8 dan 10 Mei sempena Pilihan Raya Umum Ke- 14 (PRU14). Naib Canselor UniSZA, Prof Dato’ Dr Ahmad Zubaidi A. Latif, b… Read More
  • PRU14 : Ambil Semangat Gelombang Biru Oleh : Ezzuan AhmadRakyat diminta membuat pemilihan yang tepat pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) untuk mengekalkan kemakmuran serta pembangunan yang dikecapi sekarang.Calon BN Parlimen Dungun, Dato'  Din Adam berkat… Read More
  • PRU14 : Senarai Calon BN Terengganu Muktamad Ahmad Razif ketika melakukan gimik perasmian Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Kuala Nerus Kali Ke-2 2018 di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Nerus. Foto Oleh: Harish Fadzillah Abu Kasim Barisan Nasional (BN) Terenggan… Read More
  • Solat Hajat, Doa Selamat Sempena Keputeraan Sultan  Menteri Besar bersama jemaah yang lain menadah doa sempena majlis solat hajat, bacaan Yassin dan doa selamat sempena Ulang Tahun Ke-56 Hari Keputeraan Sultan Mizan Zainal Abidin,di Masjid Al-Mukhtafi Billah Shah… Read More

Demi Masa

RABU, 25 Jun 2018
1:25 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

75798
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan