Wednesday, 25 April 2018



Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) memberi pelepasan khas kepada pelajar selama dua hari pada 8 dan 10 Mei sempena Pilihan Raya Umum Ke- 14 (PRU14).

Naib Canselor UniSZA, Prof Dato’ Dr Ahmad Zubaidi A. Latif, berkata cuti selama dua hari itu memudahkan pelajar untuk pulang menunaikan tanggungjawab mengundi di tempat masing-masing pada 9 Mei nanti.

“Walaupun kita beri cuti dua hari kepada mereka iaitu sebelum dan selepas hari mengundi, tetapi kelas yang tertangguh mestilah digantikan sebaik sahaja mereka pulang ke kampus.

“Mana-mana kelas dan aktiviti yang terlibat pada dua tarikh itu perlu diganti semula mengikut kesesuaian jadual pengajaran”, katanya dalam satu kenyataan media.

Menurut Ahmad Zubaidi, berdasarkan rekod, seramai 4,112 pelajar di universiti itu  telah mendaftar sebagai sebagai pemilih dan layak mengundi pada 9 Mei ini.

“Langkah pengurusan UniSZA itu  sebagai meraikan demokrasi di negara untuk memilih pemimpin.

“Oleh itu, pihak kami menyarankan pelajar yang diberi peluang untuk pulang mengundi perlu menunaikan tanggunjawab masing-masing,”katanya - teganukita.net

Related Posts:

  • STPM 2016 Buktikan Anak Terengganu Cemerlang- A. Latiff Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latiff Awang (kiri) bergambar kenangan dengan Siti Zubaidah dan ibu bapanya selepas pelajar terbaik STPM Malaysia itu  menerima a… Read More
  • Terengganu Mahu Bangunkan Universiti Sukan Pertama Negara Ahmad Razif bersama Khairy bergambar dengan sebahagian peserta Dialog TN50 Zon Pantai Timur, di UiTM Dungun, malam tadi. Foto oleh Tg Syamim Tg Ismail Terengganu berhasrat menawarkan tapak di Taman Ilmu Tembila, Besut u… Read More
  • Pasar Besar Dungun Akan Ditambah Baik Ahmad Razif mendengar dan mencatat masalah diadukan peniaga Pasar Besar Dungun ketika kunjungan beliau ke premis perniagaan itu, pagi ini. Foto oleh Tg Syamim Tg Ismail Pasar Besar Dungun bakal diberi nafas baharu bagi … Read More
  • Anak Penoreh Getah Muncul Pelajar Terbaik STPM Negara Kejayaan anak penoreh getah dari Kampung Bukit Payong ,Hulu Besut, yang tersenarai antara pelajar terbaik negara membuktikan sistem pendidikan malaysia tidak pernah membezakan taraf kehidupan keluarga. Siti Zubaidah Is… Read More
  • MB Hadiahkan Plat TN50 Untuk PM Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman akan menghadiahkan nombor pendaftaran plat 'TN50' kepada Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak.“Sebagai menghargai cetusan idea Perdana Menteri yang membawa … Read More

Demi Masa

ISNIN, 17 Mac 2018
11:32 PM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74693
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan