Wednesday, 25 April 2018

 Menteri Besar bersama jemaah yang lain menadah doa sempena majlis solat hajat, bacaan Yassin dan doa selamat sempena Ulang Tahun Ke-56 Hari Keputeraan Sultan Mizan Zainal Abidin,di Masjid Al-Mukhtafi Billah Shah, Kuala Terengganu. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail
Lebih 2,000 rakyat negeri ini menyertai majlis solat hajat, bacaan Yassin dan doa selamat sempena Ulang Tahun Ke- 56 Hari Keputeraan Sultan Mizan Zainal Abidin,di Masjid Al-Mukhtafi Billah Shah, Kuala Terengganu, malam tadi.

Majlis turut dihadiri Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman. Hadir sama Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato' Mohd Zubir Embong dan Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), W. Ismail Sahaimi W. Omar.

Majlis dimulakan dengan solat hajat memohon kesejahteraan Sultan Mizan yang menaungi negeri Darul Iman ini.



Seterusnya, hadirin mengalunkan bacaan Yassin dipimpin imam besar negeri, Ustaz Aizi Saidi Abd Aziz sebelum diakhiri dengan doa selamat serta solat Isyak.

Di akhir majlis, Ahmad Razif yang hadir bersama mantan Setiausaha Kerajaan Negeri yang juga calon Barisan Nasional Parlimen Kuala Terengganu, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail  sempat menjamu selera dan beramah mesra bersama masyarakat setempat. - teganukita.net

Related Posts:

  • Terengganu Juara Keseluruhan Kapal Layar GP Monsun Peserta bersedia untuk memulakan pertandingan  Kapal Layar GP Monsun Terengganu 2017. Foto Harish Fadzillah Kassin Cabaran Kapal Layar GP Monsun Terengganu 2017 dikuasai tuan rumah, Terengganu apabila muncul pas… Read More
  • Bomba Nasihat Pindah Tanpa Perlu Tunggu Arahan- Azlimin Jabatan Bomba Dan Penyelamat Negeri Terengganu menasihatkan orang ramai yang terlibat dengan banjir segera berpindah ke pusat pemindahan tanpa perlu menunggu arahan demi keselamatan diri masing-masing.Pengarahnya, Azlimin … Read More
  • APM Hulu Bawa Guru, Pelajar SPM Terkandas Angkatan Pertahanan Awam (APM) Hulu Terengganu melancarkan operasi membawa empat guru pengawas peperiksaan bersama kertas soalan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) daripada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan dua calon pelajar … Read More
  • Dua Calon SPM Terkandas Di Pulau Perhentian Dua pelajar dari Pulau Perhentian, Besut kemungkinan tidak dapat meneruskan kertas terakhir peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang dijadualkan esok, akibat terkandas di pulau berikutan cuaca buruk pada masa kini.P… Read More
  • Pelayaran Ehsan APMM Selamat Bawa Dua Calon SPM Kebimbangan dua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak dapat menduduki kertas akhir peperiksaan esok, berakhir apabila mereka diselamatkan bot peronda Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang melancarkan ope… Read More

Demi Masa

AHAD, 16 Mac 2018
11:40 PM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74675
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan