Monday 1 January 2018

Menteri Besar bergambar dengan pegawai yang terlibat dengan rombakan struktur pentadbiran kerajaan negeri yang baharu selepas majlis serah tugas pegawai kanan negeri dan angkat sumpah Pihak Berkuasa Tempatan Negeri di Tingkat 18, Wisma Darul Iman, hari ini. Foto oleh Zulkifli CW Putra

Rombakan melibatkan 44 pegawai tadbir kerajaan negeri bermula 1 Januari ini diharap akan memmperkuatkan pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan transformasi kerajaan menerusi prinsip Transformasi Terengganu Baharu (TTB).

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, menerusi transformasi kerajaan, kerajaan mahu memastikan asas utama iaitu menyediakan perkhidmatan berasas kepada penawaran perkhidmatan daripada pelanggan dan rakyat dapat dilaksanakan dengan lancar.

“Alhamdulillah harini kita sudah selesai majlis penyerahan tugas dan juga angkat sumpah pegawai-pegawai kanan dan untuk tahun hadapan bermula esok  seramai  44 pegawai kanan bertukar dan sebahagian besarnya ialah kenaikan pangkat.

“Apabila tiga orang pegawai tertinggi kita iaitu Dato’ Pengarah PTG (Pejabat Tanah Dan Galian), Dato’ DO (pegawai daerah) Kuala Terengganu dan juga Datuk Bandar  pencen mulai 31 Disember 2017 (hari ini), maka kerana itu berlakunya rombakan dalam struktur baharu pegawai-pegawai tadbir kerajaan negeri dan  kita berharap dengan perubahan atau rombakan struktur ini akan memberikan satu lagi kekuatan pada pentadbiran kerajaan negeri,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita majlis serah tugas pegawai kanan negeri dan angkat sumpah Pihak Berkuasa Tempatan Negeri di Tingkat 18, Wisma Darul Iman, hari ini.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail dan Pegawai Kewangan Negeri, Dato' A. Rahman Yahya.

Dalam pada itu, Ahmad Razif berkata, bagi memastikan perkhidmatan penjawat awam sentiasa berada di landasan yang tepat, sistem `star rating’ diperkenalkan kepada pengerusi dan ahli Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan kampung (J3K) seluruh Terengganu.

Tambah beliau, kerajaan negeri berharap supaya J3K akan memainkan peranan lebih komited dan aktif untuk mengenal pasti permasalahan serta isu di peringkat kampung mereka sekali gus bertindak sebagai agen penyalur maklumat kepada kerajaan.

Katanya, segala permasalahan dan isu berkenaan boleh disalurkan kepada pegawai daerah di kawasan masing-masing supaya tindakan penyelesaian dapat dibuat dengan lancar dan segera untuk manfaat serta kebajikan rakyat.

Menurut beliau lagi, dalam usaha memastikan Bajet Terengganu 2018 yang bertunjangkan 60 titik sentuhan dilaksanakan mengikut waktu yang tepat dan sebagaimana ditetapkan dengan sebaik mungkin, satu jawatankuasa khas dipengerusikan Setiausaha Kerajaan Negeri dibentuk supaya memantau serta melicinkan perkara itu.


Dalam pada itu, seramai 44 pegawai tadbir negeri terbabit dalam rombakan antaranya ialah Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu, Datuk Wan Mohd. Wan Ibrahim ditukarkan ke jawatan Pengarah Tanh dan Galian Terengganu, dan jawatan lama beliau akan diganti oleh Pegawai Daerah / Pentadbiran Tanah Besut, Wan Ismail Sahaimi Wan Omar.

Pengurus Besar Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu, Samiun Salleh pula ditukarkan ke jawatan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu manakala Pegawai Daerah / Pentadbiran Tanah Hulu Terengganu, Azmi Razik bertukar ke jawatan sama di Kuala Terengganu.

Pegawai Daerah / Pentadbiran Tanah Marang, Zainal Abidin Mohamed ditukarkan ke jawatan yang sama di Hulu Terengganu diikuti Yang Dipertua Majlis Perbandaran Dungun, Shahidan Embok bertukar ke jawatan Pegawai Daerah/Pentadbiran Tanah Besut.

Lain-lain adalah Yang Dipertua Majlis Daerah Setiu, Mat Azmi Arshad bertukar ke jawatan yang sama tarafnya di Marang; Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Terengganu, Osman A. Bakar ke jawatan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Dungun; Timbalan Pengarah Tanah dan Galian Terengganu, Wan Mohd. Anuar Wan Endut ditukarkan ke jawatan Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Terengganu.


Yang Dipertua Daerah Marang, Rozali Salleh bertukar ke jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPUT) dan Setiausaha MBKT, Zulkafeli Omar ke jawatan baru sebagai Yang Dipertua Majlis Daerah Setiu.

Pertukaran lain termasuk Setiausaha Majlis Perbandaran Kemaman, Anuar Awang ke jawatan Yang Dipertua Majlis Daerah Marang dan Ketua Audit Dalam Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu, Wan Mohd. Zaki Wan Abdullah ditukarkan ke jawatan Setiausaha MBKT.


Ketua Penolong Pentadbir Tanah Hulu Terengganu, Ariffin Abdullah ke jawatan Ketua Penolong Pentadbir Tanah Kuala Nerus dan Setiausaha Majlis Perbandaran Dungun, Mohamad A. Rahman @ Othman ke jawatan Timbalan Pengarah Tanah dan Galian Terengganu. - teganukite.net

Demi Masa

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan