Ahmad Razif menyampaikan sumbangan berupa barangan dapur. Foto oleh Harish Fadzillah Kassim
Seramai 866 nelayan, pengusaha bot penambang dan buruh di Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir menerima bantuan wang tunai RM300 serta barangan dapur dengan nilaian RM100 daripada Epic Berhad bagi meringankan beban mereka yang tidak dapat ke laut pada musim tengkujuh berikutan keadaan ombak besar serta angin kencang.
Bantuan keseluruhan RM346,400 itu disampaikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman yang juga Menteri Besar. Penerima terbabit bersyukur dan juga berterima kasih atas keprihatinan kerajaan negeri terhadap nasib golongan itu yang memperoleh pendapatan tidak menentu.
Hadir sama, isteri Menteri Besar, To Puan Seri Halina Zakaria
Penerima bantuan Awang Jusoh, 46, dari Kampung Baru Seberang Takir, berkata bantuan itu boleh digunakan untuk membeli peralatan sekolah tiga anaknya yang belajar dan juga barangan dapur "Saya tidak tahu hendak cakap kerana kita rasa terlalu gembira mendapat bantuan ini. Terima kasih kepada kerajaan," katanya ketika ditemui selepas majlis penyampaian bantuan itu petang tadi. Penerima yang juga seorang buruh Alias Ghani, 50, pula berkata bantuan itu amat penting kerana pendapatannya sebagai buruh hanya cukup makan. Sementara itu, Ahmad Razif berkata kerajaan membelanjakan lebih RM346,000 untuk membantu pengusaha bot penambang, nelayan dan buruh menerusi program tersebut dan ini merupakan tahun kesembilan ia dilaksanakan. " Saya sedar mengalami kesempitan hidup pada musim tengkujuh kerana sebahagian besar daripada mereka tidak dapat mencari rezeki, " katanya. - teganukite.net |
Monday, 1 January 2018
Related Posts:
Perkeso Bayar Faedah RM5.9 Juta Sepanjang 2016 Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Terengganu membayar faedah berjumlah RM5.9 juta dengan membabitkan 1,177 kes sepanjang 2016 di seluruh Terengganu. Pengarahnya, Nora Yaacob berkata, daripada jumlah itu, faedah hil… Read More
Pos Malaysia Perkenal Digital Mailbox Pos Malaysia akan memperkenalkan inisiatif Digital Mailbox yang dilengkapi keperluan komunikasi kerajaan, perniagaan dan rakyat tidak lama lagi.Timbalan Menteri Komunikasi Dan Multimedia Malaysia,Dato' Jailani Johari berka… Read More
Kerosakan Sekolah Akibat Banjir RM6 Juta Nilai kerosakan sekolah akibat bencana banjir di Terengganu baru-baru ini, dianggarkan mencecah RM6 juta. Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latiff Awang berkata,&… Read More
Celcom Axiata Sumbang RM100,000 Kepada Mangsa Banjir Pengerusi J3K Kampung Sungai Bajar Mohd Azizul Mohd Zanggi menerima sumbangan daripada Ahli Parlimen Hulu Terengganu,Dato'Jailani Johari Celcom Axiata Berhad dengan kerjasama Universiti Malaysia Terengganu(UMT) menyumba… Read More
ADUN Ajil Minta Segerakan Projek Pembinaan Rumah Kos Rendah Kerajaan negeri diminta menyegerakan kelulusan pembinaan rumah kos rendah di Menerong, Ajil seawalnya pada tahun ini bagi mengatasi masalah banjir.Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ajil, Ghazali Taib berkata permohonan itu… Read More