Monday, 1 January 2018
Kerajaan negeri meneruskan agihan bantuan pakaian persekolahan membabitkan 2,918 penerima dari Dewan Undangan Negeri (DUN)Telemong, dengan peruntukan sebanyak RM291,800 ribu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telemong, Dato' Rozi Mamat berkata, bantuan yang diagihkan itu diharap dapat meringankan beban ibu bapa terutama yang kurang berkemampuan dalam menyediakan kelengkapan persekolahan anak mereka.
"Saya mewakili masyarakat DUN Telemong mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri diatas kecaknaan ini. Setiap tahun kita agihkan dana ini supaya dapat membantu ibu bapa terutama yang kurang berkemampuan untuk membeli kelengkapan persekolahan anak bagi sesi persekolahan baharu yang akan bermula tidak lama lagi.
"Kerajaan negeri berharap ia dapat dimanfaatkan sebaiknya kerana kita memahami masalah yang dihadapi terutama mereka yang bergantung rezeki kepada menoreh getah,mengait buah kelapa sawit yang terjejas kerana musim tengkujuh yang sedang melanda sekarang," katanya selepas menyampaikan bantuan pakaian persekolahan Dun Telemong Sekolah Rendah Dan Menengah di Dewan Akademi Binaan Malaysia,Jenagor, Hulu Terengganu, hari ini.
Beliau berkata, murid dan pelajar yang layak tetapi tercicir daripada menerima bantuan itu boleh membuat rayuan kepada pihak berkenaan dalam masa terdekat.
"Bagi mereka yang tercicir daripada senarai untuk menerima bantuan ini boleh membuat rayuan, mungkin berlaku kesalahan teknikal ketika mengisi borang secara atas talian...saya akan lihat permasalahannya dan panjangkan untuk kelulusan sekiranya layak,"katanya lagi.
Untuk rekod,dana tersebut adalah sebahagian daripada peruntukan RM10 juta bantuan pakaian persekolahan yang disediakan kerajaan negeri tahun ini untuk dimanfaatkan oleh 100,000 murid dan pelajar di negeri ini.
Bantuan persekolahan tersebut diagihkan kepada keluarga yang berpendapatan bulanan bawah RM2,000 untuk persediaan membeli pakaian sekolah dan dihadkan kepada dua murid atau pelajar bagi setiap keluarga yang layak. - teganukite.net
Related Posts:
PM Promosi Nasi Dagang Terengganu Di PWTC Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak tertarik untuk singgah bagi menghidangkan nasi dagang dan keropok lekor kepada tetamu, di Gerai Terengganu sempena sambutan Hari Raya UMNO M… Read More
Tindakan Undang-Undang Jika Salah Guna Imej OKU Untuk Kutip Derma Sikap segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan terhadap imej Orang Kelainan Upaya(OKU) dengan menggunakannya di laman sesawang bagi mengutip derma harus dihentikan segera sebelum tindakan unda… Read More
Kami Sayang Dan Rindu Saleem, Dari Jauh Kami Mendoakan - Mohalim Iklim Kenangan bersama Iklim dan Saleem tidak mudah untuk dilupakan - Mohalim (bekas Gitar Bass Iklim), kata Mohalim@ Mohd Salim (bass guitar). “Kami sayang dan sentiasa ingat dan kenangkan Saleem kerana kenangan sewaktu bers… Read More
DUN Manir Akan Kembali Kepada BN Pada PRU14 Dewan Undangan Negeri(DUN) Manir mampu kembali kepada Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dengan mencipta sejarah dan satu rekod baru di Terengganu.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata… Read More
Setiausaha Politik PM Tunai Janji Bawa GurunyaTunai Ibadat Haji Setiausaha Politik Kepada YAB Perdana Menteri, Dato' Jailani Ngah hari ini menunaikan janjinya untuk membawa bekas gurunya, Ustaz Syed Abd Hamid Syed Ali, 58 tahun menunaikan ibadat haji tahun ini.Hadiah istimewa dib… Read More